~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

13 February 2012

Buat Baik Dibalas Baik


aku sebenarnya xberapa pandai main embed2 video nih. korang bayangkanlah betapa kunonya aku walaupun sudah 10 tahun bergelumang dengan makhluk bernama komputer. tapi disebabkan post ini, aku telah berjaya meng'embed' dua video dalam satu post. bukan susah mana pun. aku ja takut mencuba (& juga malu bertanya. keh3).

maka, bertepatan dengan tajuk post kali ini, aku ingin berpesan kepada seluruh makhluk di bumi ini bahawa kita hidup di dunia ini sama sahaja, tiada beza antara warna kulit, hitam atau putih, tinggi atau rendah, Suarez atau Evra.

apa yang membezakan kita di akhirat kelak adalah amalan baik yang dilakukan.

manakala, apa yang membezakan kita di padang bola adalah MENANG atau KALAH.

sila lihat video pertama:



kelihatan arnab racist yang tidak pandai insaf, enggan menyambut salam mesra dari Evra si hitam manis. "kirim salam laaa. salam time raya nanti la derr" mungkin monolog Suarez di dalam hati.

Ferdinand, sebagai tanda protes kepada perangai Suarez pula buat2 xnampak apabila Suarez menghulur tangan untuk berjabat mesra.




selesai perlawanan, Evra pula terkinja2 meraikan kemenangan mereka di depan, xlain dan xbukan Suarez yang berjalan tunduk melihat bumi menuju bilik persalinan. mencari2 tempat untuk mengorek lubang dan menyorok di dalam tanah barangkali.

bak kata pepatah, buat jahat dibalas jahat. ingat tu adik2. terutamanya admin Liverpool.

aku?

masih lagi berpegang teguh atas dua paksi, iaitu:

1) Kick RACISM out of football

2) apa yang membezakan kita di padang bola adalah MENANG atau KALAH.


akhir kata, Salam 2 Manchester, Salam 1 Liverpool.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...