~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

10 February 2012

Owen Hargreaves - Perjalanan Kedua

kembali pulih dari kecederaan - setelah hampir dua tahun berusaha memulihkan kecederaan dan kecergasan, beliau telah ditamatkan kontrak bersama MU dan menjadi seorang free agent. dalam pada mencari-cari kelab baru, kecederaan beliau telah sembuh sepenuhnya beliau sangat teruja untuk beraksi semula.

hampir 30 ajen mencari jodoh..err..mencari majikan telah menghubungi beliau untuk menawarkan khidmat (dan cuba mencari keuntungan) mencari majikan baru tetapi semua telah ditolak oleh beliau. semua atas dasar bahawa beliau tidak ingin menerima khidmat ajen2 yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesulitan yang beliau alami.

"kalau mana-mana kelab berminat mendapatkan khidmat DM power macam saya, sila jumpa saya Face2Face" katanya dalam ruangan iklan di Mudah.my.

"terima kasih Mudah" ditulis di akhir iklan.








antara medium yang terbaik untuk pengiklanan

beliau juga menggunakan medium siber yang lain seperti Youtube dengan meng'upload' video training beliau. aku akui, aku sangat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh pemain ni. fitness drill yang dia buat pun bukan calang-calang punya drill.


kalau xpercaya, kamurang try la buat macam si Hargreaves ni buat kalau nda tecabut kamu punya paru-paru. heh..heh..heh..

beliau sempat berjumpa dengan Roy Hodgson, pengurus West Brom yg juga bekas pengurus Liverpool untuk berbincang mengenai peluang bermain di kelab itu. walaupun diberi lampu hijau oleh medical team di Hawthorns, beliau telah menunda keputusan untuk menandatangani kontrak untuk menunggu tawaran yang lebih baik dari kelab yang lebih terkenal.

akhirnya, tawaran yang ditunggu-tunggu pun datang dari pasukan Manchester. eh? MU ambil balik pemain buangan diorang ka?


bukan. offer ni datang dari Manchester City, the Noisy Neighbour, the Blue side of Manchester, rival kepada MU. walaupun Man City mempunyai permusuhan ketat dengan MU sejak zaman tok Kadok lagi, Hargreaves tetap menerima kontrak 4tahun bersama pasukan biru langit ini.







mari..mari..



maka rasmilah Hargreaves menjadi pemain BPL semula. dan debut pertama beliau tiba dalam Piala Carling menentang Birmingham dan lebih manis lagi, beliau menjaringkan gol pembukaan untuk membantu pasukan barunya menang 2-0. nice.


hubungan beliau dengan bekas majikan beliau dikatakan tiada masalah tetapi selepas beberapa ketika berada di Man City, Hargreaves akhirnya membuka mulut dan mengkritik pasukan medik MU yang dakwanya menjadikan kecederaannya semakin serius.


not nice. macam kacang lupakan kulit. tapi mau buat macam mana, dia pun ada hati dan perasaan juga. siapa tahan kalau badan kita ni dijadikan macam alat eksperimen. kamu ingat tabung uji ka apa.


apa2 pun, ucapan selamat diucapkan kepada Hargreaves di kelab baru, semoga sukses dan tidak lagi dilanda kecederaan teruk macam di MU.



sekian, terima kasih.













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...