~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

08 February 2012

Team Sayur dan Ketidakadilan Pengadil

definisi Team Sayur adalah : team yang mendahului 3-0 sehingga minit ke 50 dan seri 3-3 selepas wisel penamat ditiup. Arsenal masuk dalam kategori S**pah. (sila rujuk perlawanan menentang Newcastle)


line-up Chelsea : Cech, Bosingwa, Cahill, Luiz, Ivanovic, Essien, Mereiles, Malouda, Mata, Sturridge, Torres (di luar mangkuk. ini bukan sayur, ini sampah)



aku jarang buat provokasi di mana2 laman sosial sehinggalah perlawanan menentang team sayur biru tempoh hari. ternyata reaksi yang diterima adalah sangat memberangsangkan seterusnya menambah perisa perlawanan. ada yang senyum2 balas komen. heh..heh..heh..

cepat klimaks geng2 biru nih.

tapi masuk ja minit ke 51, lain ceritanya. topik difokuskan kepada pemain ke-12 Mu iaitu Howard Webb. 2 penalti yang disempurnakan oleh MU dipertikaikan oleh penyokong2 Chelsea bagai ayam berkokok di tengah hari. gol itu nyata diperoleh hasil dari kesungguhan pemain MU untuk menyerang.

kalau tidak, mana kan Evra terkedek-kedek masuk kotak penalti shield bola. kalau tidak, mana kan Welbeck terpusing-pusing dalam kotak penalti untuk mencari ruang.

mereka lupa yang 2gol Chelsea (own goal Evans dan Ferdinand) juga terpaksa ditelan pahit oleh penyokong MU. gol itu juga hasil kesungguhan pemain Chelsea menyerang pintu gol MU.

kalau tidak, mana kan Sturridge terkinja-kinja bawa bola sampai kawasan 6 ela. kalau tidak mana kan Luiz terlompat-lompat mengejar bola corner Juan Mata.

jadi, di mana keadilan di sini? kalau mau bicara pasal pengadil tidak konsisten, kekasaran pertama ke atas Welbeck pada separuh masa pertama juga sepatutnya dikira sebagai penalti.


line-up MU yang power : De Gea, Rafael, Ferdinand, Evans, Evra, Carrick, Giggs, Young, Valencia, Rooney, Welbeck.



okeh. kita kendurkan tempo.

aku cuak jugak tengok game sebab aku pakai baju MU. mana mau letak muka wei kalau kalah 3-0. malu tahu?maluuuu~

tapi selepas Chicharito menyambar crossing Giggs pada minit ke-84, hampir aku naik atas meja celebrate gol. nasib baik awieferdinand tarik aku duduk. heh..heh..heh..

tapi yang paling setannya, member aku datamg pakai baju Manchester City & Arsenal. amboi~ tunggu MU kalah rupanya. cisss.

pesanan terakhir kepada @rioferdy5, sudah2 la main twitter tu. pantang masa lapang, twit. pantang habis trening, twit.

kbai.

p/s: Torres memang power hold bola. tapi bab finishing, sampah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...