Ni kali baru dapat buat review perlawanan sebab 1st time tgk Sabah main di stadium. Nasib laa Stadium Selayang ni dlm 15km ja dari UIA Gombak, jadi buli la drive sendiri pigi sana. Naik kancil sumbat 6 orang, nah apa kejadian suda tu? haha..
Sampai stadium dlm pukul 3.30pm, harga tiket RM10 (terbuka) dan RM15 (berbumbung). Hari macam mau hujan, payung pun nda ble bawa masuk, jadi beli tiker RM15 la. Masuk ke stadium, para pemain masih lagi bermain-main memanaskan badan di padang. Sabah berjersi putih dan Sime Darby (SD) pula berjersi oren belang kuning. Maka kami pun menunggu sampai 4.15pm sebelum permainan bermula.
Seronoknya, penyokong Sabah memang lagi ramai dari apa yang dijangka, dalam 400 orang datang compared to penyokong SD yang hanya sekitar 200 orang (mungin kurang lagi). Nahh, memang terbaik la Sabahan Supporter!! Credit to page Sabahawks Fan Club dan North Borneo Ultras yang berterusan memberi info.
Sampai ke part utama dalam post ini, RATING untuk setiap pemain (dari kacamata penulis la). Mungkin ada yang kurang setuju, jadi sama-sama kita memberi buah fikiran kita sebagai peminat bolasepak Sabah.
Kesebelasan utama:
Azizon Kadir: Bila nampak dia yg masuk padang trus rasa ada 'lain-lain'. Aii, mmg femes suda dia ni bikin spoil. Berjaya menyelamatkan pintu gol Sabah beberapa kali. Tetapi beberapa tindakan beliau seperti keluar dari pintu gol dalam beberapa ketika membuat penyokong 'menahan nafas' kerana tindakan beliau membahayakan pintu gol dari dibolosi. Gol pertama SD disebabkan oleh kelalaian beliau yg tidak penutup near post. Silly mistake!
Sumardi Hajalan: Bermain di left-back. Nampak tenang mengawal bola dan naik membantu barisan serangan, namun kurang bantuan dari rakan-rakan. Banyak gerakan yg dipatahkan kerana tiada pemain lain yang datang dekat utk meminta bola. Persembahan yang baik dan boleh dipuji.
Rethuddin Imran: Kapten keras pasukan Sabah yg bermain di pertahanan tengah bergandingan dengan Fariss. Beraksi cemerlang dengan berjaya melakukan beberapa tackle yang mematahkan serangan SD. Juga berjaya menghalang penyerang tinggi lampai SD, Patrick yang jauh lebih tinggi (190cm), dari mengucar-kacirkan pertahanan Sabah. Namun tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang 2 jaringan yang dilakukan oleh SD.
Fariss Azlan: Utuh bergandingan dengan Rethuddin di pertahanan tengah. Lebih banyak memberi arahan dan berkomunikasi dengan pemain lain berbanding Rethuddin dari bawah. Pasangan dan cover-up yang baik bagi kepten kita. Melakukan beberapa tackle dan interception dalam mematahkan serangan SD. Namun tidak sengaja menjatuhkan pemain lincah No.10 SD di dalam kotak penalti yang memberikan gol ke-2 kepada SD. Namun itu bukan kesilapan TOTAL beliau.
Ronny Harun: Bermain di right-back, namun tidak banyak membantu pasukan dengan memberikan hantaran yg meliar. Kurang bersemangat dan juga terlalu banyak menggelecek bola sehingga bola terlepas ke pemain SD. Not really a good team player. Gol ke-2 SD berpunca dari Ronny yang terlalu lama menggoreng bola dan melepaskan bola kepada pemain SD yang melakukan serangan balas yang menghasilkan penalti untuk gol ke-2. Digantikan oleh Alto Jinus di separuh masa ke-2. Persembahan yg teruk bagi Ronny.
Shahrudin Yakup: Bermain di sayap kanan. Masih segar dari berita panggilan untuk mewakili negara beberapa hari lepas. Lihat di sini. Namun, entah mengapa Shahrudin kurang menyerlah pada perlawanan kali ini. Boleh jadi kerana beliau kurang mendapat bola daripada kawan yang lain. Tiada apa yang boleh di'highlight' mengenai persembahan Shahrudin, digantikan oleh Shahrul Azhar Ture pada permulaan separuh masa ke-2.
Brendan Gan: Beraksi baik di bahagian tengah bertahan (defensive midfielder). Banyak membantu Sabah dalam mengawal permainan. Berjaya melakukan beberapa long-shot tetapi tidak tepat ke sasaran. Juga kurang "killer pass" yang boleh membantu penyerang menghasilkan gol. Perlu meningkatkan prestasi dan kreativiti untuk menarik sokongan penyokong. Persembahan yang biasa-biasa bagi saya.
Zainizam Marjan: Bersama-sama Brendan Gan dalam mengemudi jentera tengah Sabah sebagai attacking midfielder. Memberikan persembahan yang menghiburkan dengan gelecekan yang menarik namun kurang bantuan dari rakan-rakan untuk datang dekat untuk meminta bola menyebabkan bola sering dirampas oleh pihak lawan. Berjaya menghabiskan 90 minit permainan, sepatutnya dipuji bagi pemain veteran seperti beliau.
Rozaimi Abd Rahman: Cemerlang di sayap kiri. Banyak serangan berpunca dari Amy. Beberapa kali melakukan gelecekan cantik menewaskan 3-5 pemain SD. Juga sering "switch-flank" dengan Shahrudin di sayap kanan. Tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol apabila tendangan percuma beliau diselamatkan oleh GK SD dan juga percubaan pada minit akhir tersasar sedikit setelah berjaya menggelecek 5 pemain SD. Superb and entertaining performance!
Leopold Alfonso: Bermain sebagai penyerang pasukan Sabah disokong oleh Michael Baird. Hampir menjaringkan gol pada separuh masa pertama berpunca dari gerakan Baird di sebelah kiri namun sedikit terlambat untuk menampan masuk pintu gol yg sudah luas terbuka. Beberapa kali mendapat bola namun tidak berjaya mencari kawan-kawan yg lain menyebabkan peluang terlepas begitu sahaja. Tidak bijak mencari ruang yg boleh memudahkan pemain lain memberi umpanan. Mungkin beliau juga perlu mengurangkan berat badan. Persembahan yang kurang membantu pasukan. Digantikan dengan Bobby Gonzales di hujung perlawanan.
Michael Baird: Bertindak sebagai penyokong penyerang yang bermain di belakang Leopold Alfonso. Rajin turun ke tengah untuk membantu melakukan serangan. Berjaya melakukan beberapa percubaan yang salah satunya hampir menghasilkan gol namun kecemerlangan GK pasukan tuan rumah menjadi penghalang. Sedikit panas baran, tindakan beliau memijak kaki pemain pertahanan lawan yang sudah terjatuh boleh menghasilkan kad merah. Nasib baik pengadil serta penjaga garisan tidak 'perasan' dengan insiden itu. Above all, beliau merupakan pemain yang bersungguh-sungguh dan bersemangat. Cuma nasib tidak meyebelahi.
Pemain gantian:
Sharul Azhar Ture: Masuk menggantikan Shahrudin Yakup pada awal separuh masa ke-2. Melakukan impak sebaik sahaja dimasukkan, gelecekan beliau dari sayap kanan pada sentuhan beliau yang pertama menghasilkan tendangan percuma hanya beberapa inci dari kotak penalti. Cemerlang setiap kali mendapat bola, pertahanan SD kucar kacir kerana Sharul menyerang dari bahagian tepi dan tengah. Kurangnya bantuan dari rakan-rakan yang lain menyebabkan usaha Sharul menjadi sia-sia. Satu persembahan yang meyakinkan.
Alto Jinus: Menggantikan Ronny Harun. Tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan. Mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu.
Bobby Gonzales: Masuk menggantikan Leopold pada akhir permainan. Dua (2) kali mendapat bola, dua kali juga stop ball Bobby ni lari n bola berjaya dirampas. Kecewa sebab tiap kali Bobby dapat bola tu mmg time Sabah hebat menggasak pasukan SD. Meskipun cuma sebentar beraksi di padang, namun tetap mengecewakan. Could done lot better.
Macam biasa, memang Sabah yang control game, possession bola boleh dikatakan 60-40 tapi tiada jaringan. Dengan kekalahan 0-2 kepada SD ini, Sabah sudah boleh mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada Piala FA. Jadi tiada apa yang patut disedihkan lagi. Ada lagi piala lain yg boleh jadi rebutan.
Kepada yang marah dengan kekalahan Sabah ni, mungkin mereka lupa bahawa SD juga berjaya menewaskan Manchester City Malaysia, ATM 2-1. Mereka juga mungkin lupa, Negeri Sembilan juga tewas 2-1 di laman sendiri dengan pasukan berstatus kelab, Johor FC. Juga pasukan Liga Super, Felda United, tewas kepada pasukan Liga Perdana, Pahang. Kejutan-kejutan seperti ini biasa dalam bola sepak. Sedangkan Manchester United n City pun awal-awal sudah out awal-awal dari Piala FA.
Kepada pengurusan, semoga ada peningkatan pada mutu bola sepak Sabah. Kepada pemain, tiada guna kuasai permainan tapi jaringan tiada. Pemenang dikira dengan jumlah jaringan yang dihasilkan bukan dengan jumlah possession bola. Kepada penyokong, tanggungjawab kita sebagai penyokong ialah terus menyokong pasukan biarpun menang, seri ataupun kalah. Ini kali lahhhh!~
5 comments:
Memang jadi betul ko punya ulasan bos!!! Good job.
Saya pinjam ini link saya letak di blog saya. Thanksss.
bah..share la.. :) jarang bah dpt buat ulasan ni..kalo men d area2 sini bole jak aku mengulas tiap kali..hahaha..
we played an awful game.
semua nda jadi.
bg aku brendan teda impak.
baird malas.
azizon salah mistake.
shahrudin mcm nda wujud.
si rozaimi tu.
alala.
mengguring last last minit.
kenapa jua nda playang skillnya awal2?
honestly, ada ka kita buat percubaan yang mcm mau gol?
aku rasa once.
sime derby buat banyak kali.
i am disappointed sama si shahrul ture sbb dia ni one of my fav.
why shahrul why?
improve ba ging.
laju mimang laju.
skill mu mana?
kalao kau guring sikit pastu buat cross kan ka si baird atau si bobby bulih header.
aih...
ckp pun guna sbb piala malaysia kita punya juga this year.
kunun la!
encik anon, sy try utk ulas as fair as I can.. :) mmg kecewa juga la sebenarnya tapi mau buat apa lagi kan, kena improve lagi la..
percubaan sabah mmg kurang, malu2 bah durg.. tapi ada masa juga aku menguap d stadium tu..wakakaka..
player SD makan kelapa sawit barangkali. sebab tu power. keh3
Post a Comment