~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

07 July 2011

Tahniah Kelantan


berikut adalah kronologi aku tgk Sabah vs Kelantan pada 6/7/2011 bersama Halu Zal & lain2.

8.15pm - baru dapat parking, atas divider. Halu Zal belasah ja sepertinya Saga FL beliau adalah 4x4. aku doakan sahaja kereta beliau dapat bertahan dalam posisi mengangkang sepanjang 90minit .

8.25pm - berbaris depan gate cari sumandak yg pegang tiket aku. suasana huru-hara, ramai belum masuk. ada 3pagar, hanya 1pagar masuk dibuka. ramai yg marah2, minta dibuka pagar yg 2 lagi. akhirnya, pagar dibuka dan kebanjiran penyokong di depan gate dapat dikurangkan.

8.35pm - baru dapat masuk pagar. baru dapat bernafas. suasana di dalam stadium sudah riuh rendah. gendang, kompang dipalu silih berganti. dapat seat tepi tiang gol, paling atas, berdepan 'astako' (grandstand bak kata org putih).


8.40pm - pemain2 masuk ke padang, nyanyian lagu negaraku dimainkan dgn penyokong menyanyi dgn tempo lebih hebat dr Amir RajaLawak. pemain2 terus membuat miting di tengah padang.


8.55pm - perlawanan dimulakan. Sabah membuat sepak mula.

9.20pm - babi. 0-1 kena leading. fan Kelantan suda b'joget d sebelah grandstand sana. geng kompang Sabah buat2 hisap rokok Premium sambul mencarut.


9.43pm - half-time. dgn pantas aku suruh runner aku beli air dgn beger. panas ging, lapar lagi.

9.50pm - seakan ada pergaduhan di grandstand. kami melihat penuh tanda tanya. masih menunggu beger dan air.

10.05pm - 2nd half commenced. air n beger aku belum lagi sampai. FRU sudah standby di tepi padang.

10.30pm - cilaka. 0-2 suda. kimbet segala keluar dari mulut. sumandak di sebelah hampir kena sigungan Goku. air aku suda sampai lama, suda tinggal plastik. beger habis. ciss. penyokong Kelantan makin galak. dalam hatiku masih percaya Sabah akan bangkit.

10.37pm - Yesss!! gol sebiji. Ole3!! masih ada masa. trek tepi padang suda jadi pusat pelupusan sampah. 1stadium sorak utk Sabah. keajaiban sangat diharapkan.

10.50pm - perlawanan berakhir dgn keputusan 1-2. demm. keadaan di dalam stadium masih terkawal. cuma ada beberapa kejadian di luar stadium yg agak kurang menyenangkan. gaduh barangkali.

12jam sebelum perlawanan bermula.....

aku dalam bas menuju ke Kota Kinabalu dari Tawau. perjalanan selama 11jam.

sekian.



ikhlas dari org Kg, Jawa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...