~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

20 July 2011

Segmen Kenali Admin Mukabola #4



bertemu kita sekali lagi dalam segmen yang mencatatkan rating penonton lebih tinggi dari rating Buletin Utama TV3 iaitu..... SEGMEN KENALI ADMIN MUKABOLA!! dalam edisi ke-4 ini, saya sebagai supervisa besar blog ini dengar rasa tanggungjawab dan accountable ingin menghebahkan kepada anda penonton yang dihormati berkenaan biodata admin awie ferdinand, admin yang berasal dari Kepulauan Mauritius.

untuk menggambarkan susuk tubuh admin ini adalah sangat mencabar daya perbandingan saya kerana premis tubuh beliau mewakili gabungan premis2 dari tubuh badan selebriti2 terkenal antarabangsa. memulakan bicara, bolehlah saya gambarkan beliau ini biasa2 sahaja, berkulit sawo matang seperti Kanye West, berperangai ular sawa seperti Halu Zal (Thor 2, 2012), biceps sebesar Chris Hemsworth (Thor, 2011), dan lemah lembut seperti Azwan Ali (Amboi3x). gabungkan ke-empat2 premis ini dan anda akan dapati imej seperti di bawah;


"samseng kan aku?" awie ferdinand bermonolog sendiri


bayangkan bahagian atasan sudah, jangan bayangkan yang lain. nanti xpasal2 muncul bayangan ular sawa. haha.

berikut disertakan biodata lengkap beliau:

Nama : awie ferdinand (awi rafael tu ciplak!)

Umur : Lebih muda dari Rooney, lebih tua dari Messi

Hobi : Menghabiskan masa bergelandangan bersama admin2 yang lain (kalau ada duit, kalau tiada, di rumah jak)

Posisi : Defender & Sweeper (kebanyakan sweep kaki org)

Negara : Negaraku

Kelab : Manchester United forever, Sabahawks & Passompa FC.

Kenangan Pahit : belajar main gitar tapi sampai sekarang nda pandai2.

Kenangan Manis : menjuarai siri teater anjuran kolej dengan drama yang bertajuk "Ibu Mertuaku"

Kelebihan : tidak mudah muntah di padang, tight marking opponent dan seluar ketat.

Makanan Kegemaran : apa saja asalkan halal, free & member belanja.

Minuman Kegemaran : minuman yang dibuat di rumah member sebab free & sedap.

Pemain diminati : Roi Ferdinand (diminati) & Mafry Balang (dimaki)

Impian : ingin menyertai misi ke Gaza dengan membekalkan kelengkapan bolasepak seperti kasut Adidas, guard lutu Halu Zal dan glove Nike Zahid VDSar (sedekah sekali!)


awie ferdinand adalah seorang yg tidak begitu aktif bersukan tetapi beliau lebih berminat dengan aktiviti2 outdoor lasak seperti mendaki puncak gunung berkembar di Tuaran, menuruni lurah terdalam di Sabah yang terletak di Telupid dan menyertai perhimpunan BERSIH. antara aktiviti sukan yang pernah dimainkan oleh beliau adalah bermain gitar dan berehat di samping keluarga tersayang yang berada di Labuan.

"aktiviti2 lasak seperti ini memberikan lonjakan nafsu yang teramat kuat dalam diriku, kepenatan setelah menjalankan aktiviti2 umpama belaian manja yang bisa menghilangkan segala kecapekan dan mengajakku untuk melakukannya kali ke-2" ujarnya sambil menggoyangkan lutut.

cukup sahaja sampai disini. semakin panjang post ni semakin saya rasa mau pigi Bandaran. haha.

segmen seterusnya bakal memperkenalkan anda dengan Ha Fei Z, adik kepada Wong Fei Hong.

Challoo bete~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...