kita kembali bersama saya, Abdul MukaBola dalam segmen "Kenali Admin MukaBola". dan dalam edisi ke-3 ini, saya ingin memperkenalkan admin blog yang, anda percaya atau tidak, membunyai dwi-personaliti (split personality bak kata omputih). lebih kurang sama macam kes Dr. Jeckyll & Mr. Hyde la konon, tp versi Keningau la.
pelik bukan?tapi ini cerita benar, bukan cerita seram apatah lagi thriller utk melariskan jualan seperti yg selalu dibuat oleh majalah Mastika. beliau yg dimaksudkan adalah mohdfurqan a.k.a. Sang Pemimpi. apa yg dimimpikan, saya pun xpasti. tp pastikan yg kering2 ok. kepada sesiapa yang masih musykil mengenai dwi-personaliti ini, anda bolehlah mula m'baca majalah2 yg b'kaitan dgn alam misteri dan ghaib (hanya sekadar cadangan)
selepas bertukar menjadi Sang Pemimpi. mcm teda perubahan ja. baju ja la jadi hijau
NAMA | mohdfurqan | Sang Pemimpi |
UMUR | 9755 hari | 296 bulan |
HOBI | Bermain gitar, bersukan & bercengkerama | Menanam pokok bunga dan menunggu (hobi apa ni?) |
POSISI | Penyerang berbisa (sebelum dipecat) | Coach / pengurus (selepas dipecat) |
KELAB | Kelab rahsia | Liverpool FC yg terhebat. |
KENANGAN PAHIT | Terpaksa berkongsi kasih dgn Sang Pemimpi | Terpaksa berkongsi kasih dgn mohdfurqan |
KENANGAN MANIS | Ketika kelab rahsia membelasah kelab terhebat di tempat lawan | Semasa melihat Liverpool menjulang Piala Eropah 6tahun lepas |
KELEBIHAN | Kuat berlari (acara 800 meter acara feveret) | One word describes all – kuat. haha |
MAKANAN KEGEMARAN | Bakso mee kuning | Sup ekor (huru-hara ni malam2) |
MINUMAN KEGEMARAN | Kopi O kaw panas kurang manis tanpa kopi | Kopi batang |
PEMAIN DIMINATI | Luis Suarez dan Jekerison Kilan | Dirk Kunyit dan Andrew Laban |
IMPIAN | Menjadi seorang ustaz yang disegani di kampung halaman. | Menjadi pelakon tambahan dlm cerita Transformer 4 (kalau ada la) |
sebenarnya, saya sudah penat menaip entri ni. menulis entri untuk seorang insan yg mempunyai dwi-personaliti bukanlah senang. ia memerlukan kreativiti dan daya penaakulan yg maha tinggi. bak kata orang Sabah, 'tinggi2 gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu' cewahh.
antara berita terbaru dari beliau adalah menyertai acara 4x400meter lari berganti2 yg mana beliau lari dua round berturut2 kerana kata beliau, round ke-2 itu si Sang Pemimpi yg lari. saya pun nda faham. tapi utk menjaga hati beliau, saya tetap memberi sorakan padu kpd sumandak2 yg sedang menunggu turn utk berlari. demm.
ok. itu saja utk kali ini. kita bertemu di minggu seterusnya dgn seorang lagi admin MU iaitu awie ferdinand.
out.
2 comments:
tbaek la entry ni peca perut aku ketawa mlm2 ni...adoiiii......gilak...
jgn ko jtawa sorng2..ajak2 jiran2 sekali..hahaha
Post a Comment