takziah diucapkan kepada kem MU yang tersingkir dari perebutan Piala FA. team power macam MU memang xlayak main Piala FA atau Carling Cup. Europa League sahajalah piala yang layak untuk MU musim ini di samping juara BPL.
untuk perlawanan hari Sabtu lepas, game dikuasai oleh MU dan Liverpool hanya mengharapkan counter attack dan set piece untuk menjaringkan gol, sehinggalah Scholes dikeluarkan dan dihantikan dengan Chicharito.
ini adalah turning point yang mengurangkan penguasaan MU di tengah padang. kemasukan Charlie Adam dan juga Kunyit ternyata membawa impak positif kepada Loserpool dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir.
ternyata perangai Loserpool yang berpegang kepada prinsip "biar xmain Eropah, asal menang lawan MU" memang tidak dapat dipisahkan. kemenangan ini pasti akan dilaung2kan sehinggalah MU menang liga nanti dan Loserpool berada di tempat ke-7.
dan aku akan menjangkakan Loserpool akan terus bangang apabila berhadapan dengan pasukan2 bawahan liga dengan berpandukan kepada prinsip kedua yang mereka pegang iaitu "biar kalah lawan team bawahan, asal menang lawan MU".
tiada alasan ingin dikemukakan oleh penulis di sini memandangkan kedudukan liga jelas menunjukkan bahawa MU lebih power dari Loserpool.
MENANG adalah keputusan semasa tapi POWER itu adalah satu hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa.
kengkawan ku sudilah kiranya kalian semua membazir masa di hari cuti ni untuk menonton 'Gaki no tsukai' ataw melayunya 'No laughing'...heeeh heeh heeh....program tb yg fofular d jepun ini sgt lawak dan sesuai untuk anda...wlpon agak kasar sedikit tp cukup untuk anda ketawa smpai tkeluar anak perut semesta alam....
game depa ni senang je,drg akan di uji dr mcm2x segi spya tahan gelak,dan kalo drg ketawa maka denda menghantui mereka...waaah ayat power ku....aku paling suka ni :
aku xtaw la kalo kamu orunk penah tinguk mende ni,aku just maok share je...sbb dlm 2minggu ni tu je la pganti tb...mmg sdh hafal...kdg2x tu xpyh tinguk sdh dgr jak mst ketawa ni..hahhahaha...oklah,just nak share...sekian dr 'anak bulan comey'.....glory glory man united....glory glory man united...hahahah
Ketidakjadian siaran langsung perlawanan Sabah sebelum ini menjadi isu hangat yang mana peminat bola sepak Malaysia khususnya Sabah tidak berpuas hati dengan sistem penggiliran siaran langsung yang mana pasukan Negeri Sembilan diberi liputan siaran langsung untuk ketiga kali berturut-turut. Lihat di sini.
Lantas ketidakpuashatian yang diutarakan oleh peminat diambil berat oleh pihak pengurusan Astro dengan memberikan liputan siaran langsung kepada pasukan Sabah. Ohhh, hebat juga suara peminat ni ye ye. Apa bole buat, ikut sistem kapitalis, pelanggan adalah raja. haha..
Baahh, malas mau cakap panjang, aku pun natau aku tulis apa suda ni.
Malam ni bagi mereka yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu boleh bersiap siaga depan TV pukul 8.15 malam. Ingat masa kat Sabah cepat berbanding Semenanjung. Sekali lagi pukul 8.15 malam.
Kalau ni xjadi macam sebelum ni memang mau kena sepak la ni Astro. Di bawah ni print screen dari page facebook Astro Arena Saluran 801.
Untuk peminat di Tanah Melayu, boleh la try berkenalan dengan pemain-pemain Sabah ni. Kesian jarang dapat liputan, rata-rata paling ramai pun mungkin kenal 3,4 pemain ja.
OK, Man to Watch:
1. Brendan Gan
Bekas pemain Sydney FC ini pernah mencetuskan fenomena suatu masa dahulu sebagai penyelesaian masalah bagi skuad Malaysia yang pada ketika itu dilanda masalah kecederaan yang serius. Lihat di sini, sini dan sini.
Di bawah ini footage Astro Awani mengenai ura2 Brendan Gan akan mewakili Malaysia.
2. Juffry Omopor
Juffry atau nama yang lebih sensasi "Messi Sabah" merupakan bakat baru yang ditemui dalam liga tempatan. Masih belum banyak yang diketahui mengenai pemain ini. Mungkin antara senjata rahsia yang disimpan coach Justin Ganai?
Berasal dari Pensiangan, faktor jarak antara Kota Kinabalu dan daerah tempat asal beliau menjadi penghalang kepada pemain ini untuk muncul lebih awal dalam arena bola sepak Sabah. Berumur 26 tahun sekarang, mungkin belum terlambat untuk beliau menjadi bintang bola sepak yang digeruni seantero Malaysia.
Video pendek Messi semasa perlawanan persahabatan dengan Brunei.
Ingat nama ni Juffry Omopor aka Messi Sabah..
Prediction malam ni:
SABAH 3 - 0 Singapura
Jadi peminat Sabah, jangan lupa datang stadium likas, dengar tiket jual macam pisang goreng panas2. Jika time lawan Sarawak haritu hadir 12k, apa kata kali ni kasi up sampai 20k! Ada bran?
Selalunya terjadi di kalau ada Sabah main di stadium:
Si A : "Alaaaaa, mahal bah tiket pigi stadium. Mau kolek2 duit dulu mau kawin. Bagus bisuk sia tingu result di paper bisuk d kedai." (padahal ndak beli pun tu paper)
Si B : "Aduhhh, jem kio mau balik tu. Ramai kirita." (padahal dia naik motor)
Si C : "Ada kerja rumah sy belum siap ni taw. Mau kasi siap dulu." (padahal malam tu main PS3, besok ahad n kerja dia tidur seja. zzzz)
Si D : "Sakit taw kaki ni kena tabas si liau time main bula di padang tadi. Kurang asam ko liau!" (padahal senang2 seja dia pigi tengok muvi d 1B sana sama sumandak)
Si E : "Ahhhhhh, kalah juga Sabah tu, bikin abis minyak n masa aku jak pigi tingu. Sama juga memaki2 juga kita nanti sana"
Naaaaaa, ini la orang kita ni telampau bekira. Kalo namaw pigi seribu macam alasan keluar. Untuk info, harga tiket untuk Stadium Likas adalah RM 10 (terbuka), RM 20 (grandstand) dan RM 5 (kanak2).
Jadi ni aku mau bagi sikit gula2 sebab kenapa kita kena pigi stadium. Ada #kopipes dari page Sabahawks Fan Club.
1. Utk menikmati suasana di stadium yang akan menjanjikan kelainan berbanding hanya duduk di sofa empuk di rumah ataupun kerusi plastik di maple.
2. Utk menunjukan kpd penduduk Malaya bahawa kita adalah sebuah negeri yg mempunyai penyokong yg amat sporting dan happening.
Komen politik ditegah. Aku nataw mau letak gambar apa. Gambar ni nampak semangat, jadi ambil la.
3. Kerana pasukan kita amat memerlukan sokongan yg padu daripada anda semua.
4. Kalau hujan, ASTRO akan "terputus hubungan" dan kamu nda dapat tengok aksi di padang dan secara tidak langsung akan panas sendiri dengan ASTRO. Kesabaran yang tinggi diperlukan amat di sini. *bayar mahal2 tapi hampes*
errrr.. ni panas apa?
5. Klu hujan di stadium, kamu tidak akan beku kedinginan kerana kehangatan aksi di padang akan membuatkan anda merasa "panas", samada panas marah ataupun panas kesiukan. Tapi bomoh ujan bilang nda ujan, jadi selamat kio. *jangan tesalah tengok aksi sumandak sudah*
6. Utk menjadi sebahagian drpd "OMBAK BAYU", Mexican Wave versi Sabah di Stadium Likas.
Yeahhhh! I love Sabah!
7. Utk bersama penyokong kibarkan bendera Sabah dan menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku melainkan daripada waktu perhimpunan hari Isnin mingguan sekolah time zaman2 sekolah dulu.
8. Paling siuk, dapat memanaskan badan dengan tengok sumandak. Kalo di mapley nda siuk tingu keling, nasib laaa kalau pelayan dia lawa. *Aiiii, pok silap pla ko*
post di bawah ini adalah contoh klasik untuk kerja yang dibuat last minit atau kerja yang dibuat sambil lewa.
lain kali, sila letak tajuk untuk setiap post yang anda buat untuk menambah perisa, thrill dan keasyikan membaca.
sekian. terima kasih.
ehem2...mmg kenak match bola minggu ni...setan merah vs penimbak,ayam lwn helang biru,helang malaysia lwn singapura-pura...lg kenak klu marathon sna di maple..
so,kpd kipas-susah-mati bola tu,pndi2 la kamu kasi kosong jadual,sm2 kita p tinguk bola..yg kena jemput sultan p brunei tu(za8 van der sar),bgs p training sm skuad bola brunei yg mcm ayam tu...hahaha...bha..jgn lupa tinguk rr...
esok akan berlangsung perlawanan antara pasukan paling power di kepulauan Borneo bertemu pasukan kerdil dari pulau kecil di selatan Semenanjung Malaysia.
Helang (atau aku lebih prefer BADAK) bertemu Singa XII. dengar2 ramai penyokong dari pulau kecil mau bertandang ke Stadium Likas yang keramat. penyokong kan pemain diorang yang ke-12. (konon)
dan selepas aku terlepas aksi perlawanan home pertama minggu lepas disebabkan komitmen terhadap kerja, maka aku bertekad ingin menyaksikan perlawanan ke-2 ini dan merasai sendiri ke'thrill'an menonton perlawanan di stadium buat kali pertama tahun ini.
tetapi bak kata pepatah, "kita mampu merancang, hanya Tuhan menentukan, tak perlu dikesahkan..wooowooooo ow.."
sekali lagi hasrat aku dikecewakan dek kerana jemputan dari Sultan Hassan al-Bolkiah al-hajj Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei untuk menjenguk2 negara beliau.
dengan rasa bangga + berat hati aku terpaksa memenuhi jemputan Sultan Brunei demi menjaga keutuhan hubungan diplomatik antara Sabah dan Brunei.
oleh itu, harapan aku kepada pemain2 Sabah, mainlah dengan semangat juang yang tinggi demi menjaga nama baik tanah air. paling kurang bagi la sepelangkung dua kepada mana2 pemain lawan yang cuba membuat onar di depan pintu gol.
kepada penyokong, jangan lupa bawa bendera Malaysia dan laungkanlah lagu Negaraku dengan penuh semangat tanpa mengabaikan tempo dan pitching kamu.
ramalan aku, Sabah 2-0 Singapura-pura.
kali ni siapa xdatang stadium, muka dia macam Brad Pitt.
semalam balik rumah, aku ingat mau layan bola MSL2012 sebab dengar2 ada live T-team vs Sabah. so tepat jam8.45 aku terpacak la depan tv tunggu siaran.
tup2, RTM1 siar PKNS vs Kedah. tapi xpa lah daripada tiada. boleh juga tengok update dari stadium2 lain dan dengar ulasan dari lagenda Dato' Hasbullah Awang.
tapi apa lahanat mainan 2team yang xpower ni?ntah apa2. kalau aku tampar satu2, berguguran bulu mata diorang ni.
bosan yang amat Ya Rabbi.
lain kali kalau mau buat live, pilih la team yang power, macam Sabah contohnya.
ini semua salah FAM, RTM dan Astro. aku mau tiga2 buat sit-up seratus kali sekarang!!!
dengan ini secara rasmi lagu sejarah mungkin berulang versi Liverpool "You'll Never Walk Alone" sudah dipadamkan dari layout blog ini atas komen2 dan kritikan yang membina sejak sekian lama.
mohon maaf kepada sesiapa yang sakit telinga mendengar lagu tersebut.
mulai sekarang, anda sekalian boleh membaca blog ini dengan tenang dan tanpa perlu bukak earphone ataupun turn off speaker mahupun cara2 yang sewaktu dengannya.
seribu kemaafan kami panjatkan.. maaf zahir dan batin, luar dan dalam ^^
itu seja la yg bole cakap.. nasib la orang ramai panas balik2 tu n9 jak yg kena buat live, bosan owww tgk effa owona ja, byk tu spesis dia di NIC n UIA..
try tgk print screen bawah ni..
dan juga..
Ini kali lah... tapi memang bosan la tu Negeri Sembilan jak yang dapat live kan.. Tidak adil, nasib kali ni dorg pilih Sabahawks (mungkin T-Team sebab dorang yang top form sikarang).. hahaha.. no offence..
Bah, apa lagi Sabahawks, suda 1 Malaysia mau tingu kamurang main ni.. Si Messi, si Brendan dan yang lain2, buktikan kepada mereka yang Sabahawks la yang paling manang.. :D *jgn pok silap pla mau tingu sumandak Sabah sana aa, kurik mata ko*
Apa pun sia harap betul la ni kali walaupun ramai yang bilang masi lagi stick dgn live Perak vs Negeri Sembilan..
Tapi dari apa si Admin Sabahawks Fan Club bilang, memang ada surat dari Astro Arena pigi tu SAFA..
Bhaaa, jadi kamu redi2 seja la depan tivi nanti, jangan silap cenel, cenel 801 bukan 141.. pok pok la mimang ngam Sabah main, kalo nda, ampas jak tivi tu kasi tebalik..haha..
p/s: busan tgk effa owona, ndak hensem pun..
::UPDATE::
Siaran langsung malam ini x jadi.. harap maaf.. doakan saja Sabahawks mampu bawa pulang 3 mata penuh..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..(jawab jgn xjawab)
Derby Borneo kini kembali semula. Siapakah yang akn memegang title Raja Borneo? Sama2 kita nantikan perlawanan malam ni pukul 8.15 pm. Kepada orang KK, datang kamu ramai2 pigi stadium.
Tinggal beberapa jam lagi sebelum sepak mula, yang tinggal jauh, sila datang dekat, yang dekat, kasi rapat2 lagi..yang rapat, trus masuk stadium.. (jgn lupa beli tikat ah!)
Ongkol Justin Ganai suda bilang mau buat 3 perubahan daripada skuad time lawan Felda hari tu. Jadi aku jangka si 'Messi', Rozaimi n Fariss akan main first eleven. Harap si Syed Adney ndak main bodoh lagi..
Bah, utk malam ni aku predict Sabah menang 2 - 0..
Perlawanan ni berkesudahan dengan kekalahan 2-0 Sabah. mmg cibai. sh*T!
3 DISALLOWED goals? kepala bana punya referee. Kalo ko di Sabah mmg suda kena maki ko oleh peminat.
Aku pun berminat untuk membuat review perlawanan ni (mana admin lain?), tapi nda la aku ni pigi Stadium Hang Jebat di Melaka.. exam bosss. Jadi refer video highlight berita apa ntah, nataw. Jom tengok dulu video ni sebelum start sesi post-mortem. Lalala~
Bah, sudah tengok kan. Rasa milo ka holik? Jadi kita tengok satu2 gol durang ni aa:
Gol 1 (Brendan Gan - Dibatalkan kerana Offside)
Persoalan pertama, betul ka offside? Cek gambar ni pla.
1. Org ni shoot bola.
2. Si Brendan Gan berlari ke hadapan dengan megahnya.
3. Garisan yang selari dengan kaki last defender Felda Utd.
Jadi nda payah cakap banyak la kan. Memang nda offside pun si Brendan Gan ni.
Salah sapa? 3 perkataan: Si linesman bunguk!
Gol 2 (Raimi Mat Noor - Gol pertama Felda Utd)
Ni malas mau cakap banyak, tapi defender Sabah mmg lalai. Keeper x begerak juga. OK
Gol 3 (Yong Kwan Yong - Gol kedua Felda Utd)
Yang ni nampak dengan jelas dan nyata silap si keeper Sabah, Syed Adney. Adoooi, kenapa keluar awal dari gol? Kan suda melumpat macam bodoh sana tu.. Berapa lama suda ko main bola, xkan bola macam tu ko xdpt predict jatuh d mana. Cross org Malaysia ni teda la swing macam bola David Beckham tu, straight jak.
Sepatutnya, stay jak la di goalpost, jauh lagi tu. Tengok, bola masuk gol pun slow ja..
Gol 4 (Bobby Gonzalez - Dibatalkan kerana Offside)
Ok, yang ni memang aku mengaku la yang offside tu memang offside. Tapi tiada gambar yg jelas sangat.
1. Si Bobby Gonzalez. Tengok video tu balik, sebelum bola tu kena rimbat oleh ntah sapa, dia mmg berlari2 anak suda mau stop dekat line tu.
2. Garisan selari dgn defender last Felda Utd, nataw nama dia.
Jadi, mengikut presumption aku, si Bobby mmg offside. no offence.
Gol 5 (Brendan Gan - Bola tidak melepasi garisan gol)
Jangan cakap banyak dulu, tengok gambar ni.
bola kena tiang
1. Bola melantun dari tanah (punya susah mau pasi print screen, kancang gila tandangan)
2. Tempat bola sepatutnya jatuh (diambil dari garisan lurus arah pergerakan bola)
3. Garisan gol (apa bodoh stadium, garisan pun x jelas)
Ok, part ni la paling susa mau buat sebenarnya, tendangan sgt deras, kena decrease speed video ni sampai 3x. Daripada bukti gambar yang disertakan, memang jelas bola sudah melepasi garisan gol dan ini adalah gol yang sah.
Salah siapa?
1. Linesman sebab tidak nampak dengan jelas bola tu jatuh d mana.
2. Brendan Gan. Kenapa? sebab dia tendang telampau kancang sampai linesman xnampak.
Ok la, daripada ulasan ni, beberapa tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkenaan:
1. FAM : Tingkatkan lagi mutu pengadilan. Ni isu lama, tapi dari dulu memang mutu pengadilan Malaysia berada di tahap F. Macamana mau pigi international? Tepuk dada, tanya Sultan Bola.
2. Stadium : Keadaan padang teruk. Garisan macam nampak x nampak. Apa macam oo.
Next game vs Sarawak di Stadium Likas, 8.15 malam. Pastikan orang KK datang. Sapa nda datang, rambut dia gondrong.
"Majulah Sukan Untuk Negara"
p/s : Sabah main best pla laju, macam MU. Go go go~
aku pelik + bingung + hairan dengan dua ekor makhluk ni. apa makan sampai begitu sekali main bola. kalau aku sampai tahap umur diorang ni, mungkin aku sudah di atas sejadah bertaubat meratapi dosa-dosa lalu. atau aku sedang cuba menawan gunung tertinggi di dunia. keh3
minum milo anda jadi sihat dan kuat macammm......
"Paul Scholes made an incredible return to the Manchester United team today after retiring last summer. Despite not playing football for eight months, Scholes was brought on for the last half an hour against City in the FA Cup 3rd round game today.
Incredibly, he made more passes than any City player did all game, with a 97% completion rate."
3% lagi Scholes hadiahkan untuk gol kedua MC. heh..heh..heh..
begini ceritanya. ada housemate aku ni fan Liverpool. sorang lagi fan Chelsea. so untuk ambil hati fan Liverpool sorang ni, aku setuju la mau temankan dia pergi tengok game Man City vs Liverpool yang xseberapa penting. fan Chelsea sorang ni pun cakap mau join. semangat solidariti rakan serumah la katakan. aku layankan saja.
tapi yang setannya, game jam 4pagi. lepas tu diorang yang minta aku kejutkan diorang pagi nanti. jadah apa fan begini? memang jadi sejarah la. malam tu aku tidur pun jam 3pagi. layan FM2011 punya pasal.
cerita pasal FM ni, aku sebenarnya sudah naik bosan main benda alah ni. sampai satu tahap aku try manage team Oxford apabenda ntah nama dia. sekarang aku manage team Tottenham sebab team MU sudah terlampau power dalam FM. hahaha
ok. pendekkan cerita.
aku bangun, ambil henpon, buka livescore, tengok result, senyum tawar sikit. 3-0. time tu game sudah habis rasanya.
gila apa tengok Liverpool awal pagi? gila tahu? bagus aku tahajjud cinta.
lagi satu cerita. kali ni team power pula main keesokan paginya. game start awal pagi sama macam game Liverpool. team power punya pasal, aku nekad tidur awal malam itu. suda la pagi tadi xcukup tidur. mata aku mau buka 2jam pun xlarat d ofis.
so, aku balik rumah, bentang tilam, belek2 tv kejap. jarum pendek jam tepat di angka 11.
lepas tu boleh pula tv2 pasang cerita Dil To Pagal Hei tengah2 malam begitu. tayang Madhuri Dixit bergelek pakai sari. ini memang gila. gangguan ini lebih hebat dari gangguan stalker yang sentiasa mengekori 24/7 semata-mata untuk mengorek kisah peribadi. (perasan artis..hahaha)
wayang habis dalam jam1.30 pagi kalau xsilap. jilaka sungguh.
ok. pendekkan cerita.
aku bangun, ambil henpon, buka livescore, tengok result, senyum tawar sikit. 3-0. time tu game sudah habis rasanya.