~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

21 January 2012

LIVE : Sabahawks v Lions VII FC, 8.15 pm, Astro Arena 801

Ketidakjadian siaran langsung perlawanan Sabah sebelum ini menjadi isu hangat yang mana peminat bola sepak Malaysia khususnya Sabah tidak berpuas hati dengan sistem penggiliran siaran langsung yang mana pasukan Negeri Sembilan diberi liputan siaran langsung untuk ketiga kali berturut-turut. Lihat di sini.

Lantas ketidakpuashatian yang diutarakan oleh peminat diambil berat oleh pihak pengurusan Astro dengan memberikan liputan siaran langsung kepada pasukan Sabah. Ohhh, hebat juga suara peminat ni ye ye. Apa bole buat, ikut sistem kapitalis, pelanggan adalah raja. haha..




Baahh, malas mau cakap panjang, aku pun natau aku tulis apa suda ni.

Malam ni bagi mereka yang berada di luar kawasan Kota Kinabalu boleh bersiap siaga depan TV pukul 8.15 malam. Ingat masa kat Sabah cepat berbanding Semenanjung. Sekali lagi pukul 8.15 malam.

Kalau ni xjadi macam sebelum ni memang mau kena sepak la ni Astro. Di bawah ni print screen dari page facebook Astro Arena Saluran 801.


Untuk peminat di Tanah Melayu, boleh la try berkenalan dengan pemain-pemain Sabah ni. Kesian jarang dapat liputan, rata-rata paling ramai pun mungkin kenal 3,4 pemain ja.




OK, Man to Watch:

1. Brendan Gan

Bekas pemain Sydney FC  ini pernah mencetuskan fenomena suatu masa dahulu sebagai penyelesaian masalah bagi skuad Malaysia yang pada ketika itu dilanda masalah kecederaan yang serius. Lihat di sini, sini dan sini.

Di bawah ini footage Astro Awani mengenai ura2 Brendan Gan akan mewakili Malaysia.


2. Juffry Omopor

Juffry atau nama yang lebih sensasi "Messi Sabah" merupakan bakat baru yang ditemui dalam liga tempatan. Masih belum banyak yang diketahui mengenai pemain ini. Mungkin antara senjata rahsia yang disimpan coach Justin Ganai?

Berasal dari Pensiangan, faktor jarak antara Kota Kinabalu dan daerah tempat asal beliau menjadi penghalang kepada pemain ini untuk muncul lebih awal dalam arena bola sepak Sabah. Berumur 26 tahun sekarang, mungkin belum terlambat untuk beliau menjadi bintang bola sepak yang digeruni seantero Malaysia.

Video pendek Messi semasa perlawanan persahabatan dengan Brunei.


Ingat nama ni Juffry Omopor aka Messi Sabah..


Prediction malam ni:

SABAH 3 - 0 Singapura


Jadi peminat Sabah, jangan lupa datang stadium likas, dengar tiket jual macam pisang goreng panas2. Jika time lawan Sarawak haritu hadir 12k, apa kata kali ni kasi up sampai 20k! Ada bran?


Ini kali lahhh.. Chow~

2 comments:

furqanmasmin said...

prediction yg cantik..hahahhaha

Unknown said...

tu singapore main mcm cibai.. ngam la tu sabah attacking ja, control game..teda nasib..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...