~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

20 January 2012

Halangan


esok akan berlangsung perlawanan antara pasukan paling power di kepulauan Borneo bertemu pasukan kerdil dari pulau kecil di selatan Semenanjung Malaysia.

Helang (atau aku lebih prefer BADAK) bertemu Singa XII. dengar2 ramai penyokong dari pulau kecil mau bertandang ke Stadium Likas yang keramat. penyokong kan pemain diorang yang ke-12. (konon)

dan selepas aku terlepas aksi perlawanan home pertama minggu lepas disebabkan komitmen terhadap kerja, maka aku bertekad ingin menyaksikan perlawanan ke-2 ini dan merasai sendiri ke'thrill'an menonton perlawanan di stadium buat kali pertama tahun ini.

tetapi bak kata pepatah, "kita mampu merancang, hanya Tuhan menentukan, tak perlu dikesahkan..wooowooooo ow.."

sekali lagi hasrat aku dikecewakan dek kerana jemputan dari Sultan Hassan al-Bolkiah al-hajj Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei untuk menjenguk2 negara beliau.

dengan rasa bangga + berat hati aku terpaksa memenuhi jemputan Sultan Brunei demi menjaga keutuhan hubungan diplomatik antara Sabah dan Brunei.

oleh itu, harapan aku kepada pemain2 Sabah, mainlah dengan semangat juang yang tinggi demi menjaga nama baik tanah air. paling kurang bagi la sepelangkung dua kepada mana2 pemain lawan yang cuba membuat onar di depan pintu gol.

kepada penyokong, jangan lupa bawa bendera Malaysia dan laungkanlah lagu Negaraku dengan penuh semangat tanpa mengabaikan tempo dan pitching kamu.

ramalan aku, Sabah 2-0 Singapura-pura.

kali ni siapa xdatang stadium, muka dia macam Brad Pitt.



kbai~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...