~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

29 June 2011

Thiago Alcantara : The Next World Football Prospect!


Apa yg aku bole cakap pas tengok video di atas ni 1 jak, WOW! dia punya attributes in TOO GOOD for a 20 years old kid. Cara dia main macam Messi, Off-position dia macam Xavi, passing dia macam Iniesta, mimang terbaik la.

Aku harap Manchester United dapat beli dia. Rasanya perfect replacement utk si ongkol Paul Scholes yg sudah bersara. Mengikut akhbar The Mirror, MU sudah buat bid, anda boleh baca di sini.

Ngam la tu, si De Gea pun sudah mau datang MU, kalo si Thiago ni join ada la geng2 dia. Nda la dia unsettled seja macam si TEVEZ.

FIFA Women's World Cup Germany 2011

hahahahaaa...

aku xtaw mau mulakan post dengan apa, jadi ketawa sak la.. hee.. jadi bersempena dengan tournament bolasepak paling berprestij (untuk wanita) ini yang sedang berlangsung di German sekarang, aku mau cerita la sikit pasal ne.. kepada lelaki2, sila simpan keghairahan anda dulu.. belum lagi start bah! aku mau buka dulu site2 yg berkaitan.. haha.. *jangan terbuka yg lain2 sudah*

begini ceritanya...

feminin juga trophy dia ni aa. Credit utk pakcik Google.

Women World Cup (WWC) ni diperkenalkan pada tahun 1991, lambat 61 tahun sejak penganjuran World (WC) Cup yg lelaki punya. Tiada banyak perbezaan yang didapati diantara kedua-dua kejohanan ini. Ia dianjurkan setiap 4 tahun sekali oleh penganjur yang membida kepada FIFA. Perbezaan yg ketara ialah WWC disertai oleh 16 pasukan yang berjaya mengharungi tempoh 3 tahun seksaan (qualifying) berbanding 32 pasukan untuk WC.

Antara perbezaan yang lain ialah susuk badan pemain. Kalo WC, memang terkenal dengan 6pax pemain lelaki yang memikat hati dan nafsu para awek yang gian dan kurang kasih sayang. Bagi WWC pula, ada sedikit tambahan pada pax2 tersebut yang.. err, ulasan seterusnya sambung la sendiri..hahaha..

pemenang dan MPV tournament sebelum ini....

Seperti biasa, ada la mau cerita pasal yg dolu-dolu kan.. alaa, mcm Gov suruh rakyat besukur, dorg yang kasi merdeka negara ni dolu-dolu.. nah, kira begitu la tu..

Pada temasya pada tahun 2007dan 2003, tuan rumah sekarang iaitu German telah memenangi tournament ini secara back-to-back sepertimana yang dilakukan Manchester United di EPL.. err, releven kah ni aa.. antam saja la buu...haha.. meskipun German memenangi tournament ini, namun Marta (Brazil) menjadi pemain paling menonjol dengan memenangi Golen Ball (GB) n Golden Shoe (GS).

Rajah di bawah menunjukkan pemenang pada kejohanan2 yang lepas.. *mls aku mau tulis panjang2*

1999 = USA
1995 = Norway
1991 = USA

Melihat pada rekod, German dan USA masing2 telah memenangi WWC ini sebanyak dua kali manakala sekali sahaja piala itu dicium dan digauli oleh sumandak2 Norway.

hahahahaha...

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Kalo aku rajin update lepas ni ada la tu, hujung2 praktikal ni banyak pla yg mau dibuat.. T.T

Sebelum mengudurkan diri, dengan sukacitanya saya berkongsi salah 1 detik paling diingati dalam WWC. Silalah tengok..


hahahahahaaa.....

Sekian.. OUT!
..
p/s : aku tulis WC balik2 tu mcm tandas duduk pla kalo ikut bahasa indonesia
p/s 2 : info didapati d fifadotcom

28 June 2011

Sungai Pinggan... atau lebih dikenali.. RIVER PLATE..

ANDA KENAL KELAB INI.....

Anda kenal River Plate... adakah anda mengikuti liga primera argentinopopolus... dengan ini... Admin yg bernama Halu Zal ingin membuat satu kenyataan yg paling mengejutkan sluruh umat masyarakat Argentina samada yg tinggal di argentina ataupun telah menetap lama di Malaysia... RIVER PLATE RELEGATED to Primera B Nacional.... bermaksud... Sungai Pinggan telah disingkirkan ke liga perdana B Nacional...

Mungkin anda tidak mengenali Kelab yg bernama River Plate... ini adalah sesuatu yg tidak janggal di masyarakat kta yg sememangnya meminati Liga Perdana Inggeris sebagai Liga yg paling berpengaruh d Malaysia.. malahan kefanatikan untuk meminati sesuatu kelab Perdana Inggeris amat ketara dikalangan pemuda-pemudi negara kita... siapa yg tidak kenal Man.U.... siapa plak yg pura2 tidak knal dgn Chelsea... Arsenal knapa kta mesti tggalkan dlm perbicaraan ini.. Apa yg terjadi bila ungkapan "You'll Never Walk Alone" berkumandang... 4 kelab terbesar inilah yg amat dikenali d kalangan masyarakat utama negara Malaysia...

River Plate adalah sebuah kelab besar sama seperti kelab besar lain d liga perdana inggeris... yg membezakannya.. Kelab River Plate ini bermain utk liga argentina... dgn pencapaian yg amat menakjubkan... 33 kejuaraan menjadi Juara liga argentina yg tidak pernah dipecahkan oleh mana2 kelab argentina lg, tidak hairanlah mengapa kita perlu untuk mengetahui serba sedikit mklumat kelab ini...

Musuh tradisi kelab ini ialah Boca Juniors... Liga Argentina ini terbahagi kepada 2.. iaitu Apertura dan Clausura... bermaksud "opening" dan "closing".. liga Apertura berlangsung dari Ogos - Disember manakala Clausura dari Februari - Jun... perlawanan trus berlangsung tnpa mengira siapa yg handal... kelab2 terkuat trus membelasah... tp.. River Plate dikatakan telah kehilangan Taring mereka apabila trus dikalahkan oleh kelab2 kerdil... dan akhirnya smpai ke zon Penyingkiran.... mereka cuba bangkit... tp apakan daya mereka.... Taring mereka tidak djumpai lagi... format bg Liga Argentina ini ialah... 2 kelab terbawah akan terus tersingkir tanpa ampunan siapa2 lg.. manakala tempat ke 17 dan 18 akan bermain secara kalah mati atau lebih dikenali "Play-Off" dgn kelab Primera B Nacional yg berada ditgga ke 3 dan ke 4... format liga ini amat pelik sbnrnya... penyingkiran akan dilihat daripada average kelab tersebut dalam 3tahun beraksi dlam liga Apertura dan Clausura... sekiranya "average" kelab tersebut berada d tgga terbawah, maka tersingkir la mereka...

River Plate berada d zon penyingkiran dan menyaksikan mereka terpaksa mengharungi perlawanan Play-off dgn kelab Belgrano dari Primera B Nacional... perlawanan pertama menyaksikan River Plate dibelasah teruk 2-0.... dan perlawanan kedua mereka berakhir dgn seri 1-1... bermakna.. River Plate akan ke Primera B Nacional tnpa segan silu... Inilah nasib kelab yg kta tidak jangkakannya... dr sumber2 yg diketahui... River Plate mengalami masalah kewangan yg menyebabkan mereka menjadi tidak keruan apabila bermain... bygkan bila anda tidak dibyr gaji yg setimpal dgn permainan anda... atau hanya dibayar dgn senyuman sumbing pemilik kelab yg membelanjakan duit mereka di kedai2 toto yg berhampiran... masalah kewangan adalah punca bnyk kelab2 menjadi merudum...

Itulah serba sedikit ttg River Plate... ucapan takziah wat kelab tersebut.... kta berharap mereka akan menemui taring mereka ketika berada d Primera B Nacional...



Lupakan Sanchez, Lupakan Nasri, Welcome Ashley Young.


kita lupakan semua dilema yg melanda kepala hotak manager2 pada tingkap p'pindahan musim panas ini. lupakan buruan Barca dgn Fabregas dan Sanchez nya. lupakan buruan Chelsea dgn Falcao, Modric dan Sneijder nya. lupakan buruan Manchester City dgn semua player yg diorang mau kumpul di Eastland (kalau tulis semua, 4kali post baru cukup barangkali. semua dia mau).

dan tumpukan perhatian anda kpd satu susuk tubuh yg kecil molek, hitam manis, telinga b'tindik (kamurang jgn try2 plak), larian mengelirukan dan rembatan berapi yg baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Aston Villa. beliau xlain xbukan ialah Ashley Young (bukan Ashley Cole ok) pemain sayap lincah yg baru2 ini menjaringkan gol penyamaan utk England ketika menentang pasukan Swiss. power bukan?

"hikmat gulungan takraw peringkat kepala coach di celah kangkang"


hasil dari analisis dari sisi aku sebagai seorang yg adil dan sentiasa berpijak pada paksi keadilan, berdasarkan fakta2 yg dikemukakan melalui video lucah..maaf, maksud saya video2 di youtube (ini bukan analisis kes Anwar), dan juga dgn melihat aksi Young semasa menentang MU, saya telah menyimpulkan :

Adaptability : atau dalam bahasa Melayu, kebolehsesuaian. dijangka Young tidak akan menghadapi masalah besar utk menyesuaikan diri dgn corak permainan Inggeris yg bertempo tinggi. dgn gaya yg lebih kurang Nani, beliau juga diharap akan dapat menyelesaikan masalah MU di bahagian sayap ayam..maaf..sayap kiri. dgn Giggs yg dibelenggu masalah peribadi dan umur yg 'rumah kata pergi, kubur kata mari', beliau adalah pengganti yg paling sesuai.



beraksi dgn pasukan England b'sama Carrick, Rooney, Ferdinand & Smalling


Motivation : pernah berkata bahawa impian beliau adalah utk b'main di Liga Juara2, yg tidak dapat dipenuhi oleh Aston Villa apatah lagi Liverpool, perpindahan beliau ini akan meningkatkan lagi semangat beliau utk merebut tempat utk beraksi di pentas Eropah yg b'prestij. lebih2 lagi reputasi MU yg hampir setiap tahun melangkah ke 'pusingan penentuan' utk mengangkat piala. muda dan b'tenaga. ini juga akan meningkatkan lagi semangat di dalam pasukan seterusnya, menaikkan tahap permainan MU ke satu tahap yg lebih tinggi.

strength : larian2 dari sayap kiri masuk ke tengah, crossing cantik dan ketepatan rembatan.

Weakness : selalu kalah dalam aksi di ranjang...maaf.. aksi di udara. al-maklumlah, beliau ni tidak cukup inci. badan lagi ringan. tapi Young juga dalah seorang yg bijak dgn m'gunakan kelemahan ini sebagai senjata utama di kotak penalti. kena bintih sikit, jatuh. ref tiup, dapat penalti. dia sendiri yg ambil dan langsung gol. ini kerap kali dilihat semasa beliau beraksi dgn Aston Villa. kalau berani, bintih la...


kesimpulannya, MU power. aku malas suda mau cakap apa2. haha

p/s: De Gea telah menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat latihan dakwah (PLD) Manchester. haha dijangka hari ini segala urusan p'pindahan akan diselesaikan.


peace yo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...