~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

18 June 2011

Review Perlawanan Terakhir Malaysia Super League : Sabah vs Kelantan + Promosi tiket FREE!

Liga Super Malaysia semakin menutup pintu dengan hanya baki 1 perlawanan bagi semua pasukan kecuali pasukan Harimau Muda A yang mempunyai baki 3 perlawanan, Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing mempunyai 2 baki perlawanan.

Musim ini menyaksikan perebutan yang amat sengit bagi gelaran pasukan JUARA liga dan tidak ketinggalan juga persaingan bagi pasukan TERCOROT liga.

3 pasukan bersaing sengit untuk dinobatkan sebagai Juara liga iaitu Kelantan, Selangor dan Terengganu. Ketiga-tiga pasukan dibezakan dengan hanya 3 mata. Sebaliknya, 5 pasukan bergelut untuk tidak menduduki kududukan 2 pasukan tercorot liga yang mengakibatkan pembuangan ke Liga Premier musim depan iaitu Sabah, Felda United, Kuala Lumpur, Pahang dan Perlis. Dengan pasukan lama si Phillemon Chipeta, Perlis, yang sudah lama meng'konfirm'kan diri sebagai pasukan tercorot liga, kini baki 4 pasukan akan berjuang sepenuh jiwa untuk mengelak dari menduduki tempat ke-2 tercorot.

Kelebihan dilihat oleh pundit berpihak kepada pasukan Sabah kerana hanya memerlukan seri bagi perlawanan terakhir mereka menentang Kelantan. Ini juga bergantung kepada keputusan perlawanan skuad Tok Gajah kerana sekiranya mereka tercicir mata dalam mana-mana 2 perlawanan terakhir mereka, secara automatik pasukan Sabah akan terselamat dari penyingkiran meninggalkan mereka dan skuad Ibukota Kuala Lumpur bergelut sesama sendiri untuk survive dalam Liga Super.

Dengan kedua-dua pasukan ini yang perlu menentang pasukan Harimau Muda A yang mempunyai rekod yang cemerlang, harapan kedua-dua pasukan untuk tidak mencicirkan mata adalah amat tipis.

Meskipun begitu, perlawanan pasukan dari Utara Borneo menentang pasukan dari Utara Semananjung itu nanti merupakan pertarungan yang mempertaruhkan maruah! Pasukan Sabah tidak boleh memandang enteng perlawanan tersebut biarpun sudah terselamat dari bahana penyingkiran liga. Pastinya pasukan Red Giant dan skuad Penyu mengharapkan sesuatu keajaiban dari Theater of Dream Sabah, Stadium Likas kerana pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut hanya memerlukan seri daripada perlawanan tersebut untuk disahkan sebagai juara liga.

Dengar berita, jurulatih berpengalaman Sabah, Justin Ganai baru sahaja menandatangani kontrak bernilai 5 angka untuk terus bersama skuad Sabah. Ini pastinya akan menaikkan nafsu dan semangat moral beliau untuk membuat sesuatu pada malam 6 Julai nanti langsung memberikan igauan mimpi ngeri yang mengalahkan kengerian Filem 2Alam kepada skuad Kijang sepanjang penerbangan Airasia kembali ke tempat asal mereka.

Dengan duit yang banyak itu juga, bolehlah juga Justin Ganai minum Montoku dan Tanduay beramai-ramai bersama pemain lain yang non-muslim.

Oleh itu, dengan seikhlas hati, saya menyeru kepada semua peminat bola sepak Sabah supaya datang beramai-ramai memakai baju MERAH membanjiri Stadium Likas pada 6 Julai nanti kerana dijangkakan 10,000 peminat dari Kelantan akan turun ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan perlawanan ini. Ramai tu bhaii.. Risau pula nanti penyokong Sabah ni jadi golongan minoriti pula di stadium tu. Harga tiket adalah RM10 bagi tempat terbuka dan RM15 bagi tempat duduk berbumbung.

PROMOSI! Tiket free akan diberi kepada mana-mana arjuna yang berjaya menekel anak perempuan Justin Ganai yang comel macam sumandak Unduk Ngadau. Pandai-pandai la kamu cari. Tawaran dibuka sekarang.

Sekian.

16 comments:

Anonymous said...

Slh sorang ank popuan dia my clasmte n my pren k...hu3...
::NaNi SaiNi::

Za8 VDSar said...

anak justin ganai ka?biar btul..bg num fon kunun..(kalau ppuan la) hehehe

Halu Zal-Sai said...

naahh... bru ko tau act... hihihih... saini... mnta tket free... nnt kta tgk piala masia sma2 d stadium... hihihih... buli tu kan...

Anonymous said...

naahhh...jg kamu lau dia nmpak ni...haha...tida baa... btul ba...ndakkan aku mo tipu..posa ba ni..hu3..popuan ank dia... dia tu lau msuk tgk bola pa lg, free tket ba..hu3.. dia pnh ckp, mo tket free tny dady dia sndri..haha... tp maafla suma, ank dia tu suda kawin 4 dis 2010 yg lalu dan aku tlh menyaksikan kjadian itu.. sorry u ols...haha..
NS~

Halu Zal-Sai said...

adidiii.... nda la jg aku mo ngurat dia ba saini... hihihihhhi.. c act ni ja mo ngurat... hihihih... aku mo tket free ja.... dpt jg kta tgk piala msia sma2.... hihihihih... siuknya... mst dia slalu msuk stdium tgk sbh men... kalo tidak... ruginya... hihihhhih...

Anonymous said...

haha...ididiiii...ingtkan ko pun minat...haha... mestila dia p tgk..tiket free ba...rugi3 lau x p...
ank dia men futsal jg tu tp xtau la skng..skng bz urus rmhtga sua kali..ekeke..
NS

Za8 VDSar said...

ko atur dulu ba masuk stadium free..bln9 ni stat game suda..jadi,jgn lepaskan peluang ini..haha

Halu Zal-Sai said...

iya ba saini... atur lu kan.. dpt tket free... nnt aku amik ko.... hihihih.. tgk sma2 kta sbh men... hehehehe... dlm 20 tket gtu... ok la.... wakakakakaka....

Za8 VDSar said...

xcukup 20tiket jal..aku mau 40..kasi muat satu bas kita bawa..hahaha

Halu Zal-Sai said...

ko rsa dpt ka kunu 40 tket tu... 40 kali dia tmpar ko tu act... hahahaha...

Anonymous said...

haha.....jgn brangan dl kamurng...aku p tny dulu... aku mention nama kamurng la kan sng...haha...
NS

Za8 VDSar said...

sebut ja nama aku..dia bg 2..haha

Anonymous said...

ala...malangnya dia ndak knl sepa tu 'zahid'...haha
NS

Anonymous said...

hye...
ni feedbck dr ank en justin:
"Waalaikummussalam..haha, lucu pla kwn2 ko ni nani..tp nani, sorry la bilang ma kwn2 ko, skrg ni mkin ketat dh pengurusan d sana jd mmg susah mo dpt tiket free..kami pun yg time lwn kelantan hari 2 terpaksa beli tiket sendiri, x dpt msuk free ni..he2..sorry ar bilang ma durang.."

so, jgn lp bl tket sndri k..hu3
NS

Za8 VDSar said...

baiklah..huk3

Halu Zal-Sai said...

naaa.... anak pcik justin pun tia dpt msuk free.. ni lg kita ni.... nduukk... tp tia paa... ada jg lubang2 d pgr2 tu.... ko muat tu act... kurus.... pastu ko trik aku nnt sna.... bru sma2 kta d tgkp....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...