Menunggu memang sangat perit bagi semua orang, termasuk aku. celiknya mataku di pagi hari menandakan bahawa telah berlalu lagi satu hari menjelang hari yg ditunggu2 itu. hari demi hari hari berlalu rasanya sangat perit, bak batu besar dihempap di atas dada. ada juga rindu, tapi itu cuma menambah keperitan.
tempat kerja rasanya seperti sebuah penjara. b'kerja bagai anjing tanpa bayaran, disuruh itu aku begitu, disuruh ini aku begini. tanpa banyak cerita. mengelamun menjadi makanan harianku, khayal, tiada arah tujuan. mungkinkah hari yg ditunggu itu bakal tiba esok hari?mustahil dan tidak mungkin sama sekali. dan sekali lagi rasa itu datang tanpa diundang.
bersama rakan2 seperti berada di tempat asing tanpa penghuni. senyap, sunyi. masing2 merasai perasaan yg sama, menanti hari itu tiba. gundah gulana. tiada rumah, tiada cinta. semua tidak lagi bermakna. tambahan lagi, tiada duit. semua disimpan utk hari yg ditunggu2. ubatnya hanya hari itu, yg pasti akan tiba sedikit masa lagi. hari itu bakal mengubati segala rasa yg tidak enak ini.
aku nda sampai tahap begini ok.
tetapi tadi, sesuatu telah mengejutkanku dari lamunan, sesuatu yg bisa melonjakkan jumlah adrenalin kejantananku yg lama t'pendam. ini bukan hari yg ditunggu sebenar2nya tapi sekurang2nya bisa mengubati kerinduan yg terbit dari hati yg suci ini. kalau pun ini hal yg kecil, tapi kadangkala memikirkan hal yg kecil lebih m'bahagiakan b'banding hal yg besar. kan?
menunggu perlawanan terakhir Liga Super antara Sabah dan Kelantan rasanya seperti neraka. kenapa lambat betul diorang mau main tu?aii...besar punya masalah ni kalau Sabah kalah di padang, apatah lagi kalah di tempat duduk penyokong.
alternatifnya, pusingan suku-akhir Piala Presiden akan berlangsung malam ini jam8.15 di Stadium Likas antara Sabah vs Johor MP Muar. melihat di atas kertas, pasukan muda Sabah pasti akan mendapat kelebihan di gelanggang sendiri. rekod 100% pasti akan dipertahankan. dgn diperkuatkan oleh tiga pemain senior iaitu Sabri Sahar, Mohd Rozaimi dan Leopold Alfonso Otong, tiada apa yg dapat menghalang Sabah daripada m'capai kejayaan melainkan ketumpulan mereka sendiri.
oleh itu, aku menjangka Sabah akan menang 2-0 malam ini. kepada pencinta bolasepak tempatan, marilah kita meramaikan stadium utk m'beri sokongan. aku pun xpasti ada bayaran ka tidak. kamurang pigi dulu la. mana tau masuk free kan. hehehe
hamekawwww..
okay semua. onthewayyyyy~ choww!!
2 comments:
na, kalau c act suda memulakan monolog beliau.... hehe...
tekanan budu tggu game lwn klntan..haha
Post a Comment