aku xtaw mau mulakan post dengan apa, jadi ketawa sak la.. hee.. jadi bersempena dengan tournament bolasepak paling berprestij (untuk wanita) ini yang sedang berlangsung di German sekarang, aku mau cerita la sikit pasal ne.. kepada lelaki2, sila simpan keghairahan anda dulu.. belum lagi start bah! aku mau buka dulu site2 yg berkaitan.. haha.. *jangan terbuka yg lain2 sudah*
begini ceritanya...
feminin juga trophy dia ni aa. Credit utk pakcik Google. |
Women World Cup (WWC) ni diperkenalkan pada tahun 1991, lambat 61 tahun sejak penganjuran World (WC) Cup yg lelaki punya. Tiada banyak perbezaan yang didapati diantara kedua-dua kejohanan ini. Ia dianjurkan setiap 4 tahun sekali oleh penganjur yang membida kepada FIFA. Perbezaan yg ketara ialah WWC disertai oleh 16 pasukan yang berjaya mengharungi tempoh 3 tahun seksaan (qualifying) berbanding 32 pasukan untuk WC.
Antara perbezaan yang lain ialah susuk badan pemain. Kalo WC, memang terkenal dengan 6pax pemain lelaki yang memikat hati dan nafsu para awek yang gian dan kurang kasih sayang. Bagi WWC pula, ada sedikit tambahan pada pax2 tersebut yang.. err, ulasan seterusnya sambung la sendiri..hahaha..
pemenang dan MPV tournament sebelum ini....
Seperti biasa, ada la mau cerita pasal yg dolu-dolu kan.. alaa, mcm Gov suruh rakyat besukur, dorg yang kasi merdeka negara ni dolu-dolu.. nah, kira begitu la tu..
Pada temasya pada tahun 2007dan 2003, tuan rumah sekarang iaitu German telah memenangi tournament ini secara back-to-back sepertimana yang dilakukan Manchester United di EPL.. err, releven kah ni aa.. antam saja la buu...haha.. meskipun German memenangi tournament ini, namun Marta (Brazil) menjadi pemain paling menonjol dengan memenangi Golen Ball (GB) n Golden Shoe (GS).
Rajah di bawah menunjukkan pemenang pada kejohanan2 yang lepas.. *mls aku mau tulis panjang2*
1999 = USA
1995 = Norway
1991 = USA
Melihat pada rekod, German dan USA masing2 telah memenangi WWC ini sebanyak dua kali manakala sekali sahaja piala itu dicium dan digauli oleh sumandak2 Norway.
hahahahaha...
Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Kalo aku rajin update lepas ni ada la tu, hujung2 praktikal ni banyak pla yg mau dibuat.. T.T
Sebelum mengudurkan diri, dengan sukacitanya saya berkongsi salah 1 detik paling diingati dalam WWC. Silalah tengok..
hahahahahaaa.....
Sekian.. OUT!
..
p/s : aku tulis WC balik2 tu mcm tandas duduk pla kalo ikut bahasa indonesia
p/s 2 : info didapati d fifadotcom
No comments:
Post a Comment