~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

10 June 2011

Wayne Rooney dan Manchester United Part 2

tuan2 dan puan2 sidang jemaah yg dirahmati. marilah kita sama2 mengukuhkan taqwa kita kepada....aiii~ salah skrip pulak, ini bukan ceramah agama. tukar skrip. zassss.

kita kembali dgn cerita hangat penghijrahan pemain dari Kota Mekah ke Kota Madinah. ok, sori. itu pembawaan dari ceramah yg aku dengar tadi.

mari kita teruskan dgn cerita Wayne Rooney yg sedang menjalani rawatan pemulihan, bukan sebab ketagihan alkohol atau dadah, kerana kedua2 ini adalah haram dari segi agama di samping membawa mudarat kepada kesihatan organ2 dalaman seperti hati, buah pinggang dan otak, tetapi untuk rambut beliau yg boleh dikatakan hampir setaraf dgn rambut pakcik Ryan Giggs. laporan menyebut bahawa Rooney telah meminta nasihat dari pakar rambut di Yun Nam Hair Care dan bersetuju dgn pakej yg direkomenkan kpd beliau.

kami dari kem MU mengucapkan selamat menjalani rawatan kpd Rooney dan berdoa agar rambut beliau kembali kpd fitrah yg asal dan tumbuh lebat bak cendawan selepas hujan.


hasil rawatan, dijamin tiada kesan sampingan.


baiklah, kita ke subjek yg menjadi bualan hangat masakini, perpindahan pemain ke MU.


Midfielder

Targets: Ashley Young, Luka Modric, Wesley Sneijder, Alexis Sanchez, Samir Nasri, Shinji Kagawa, Shahrul Azhar Ture.

Prediction: ini bahagian yg paling susah utk diramal. mencari pengganti Scholes bak mencari jarum dalam jerami dan pemain yg hampir mencapai standard beliau adalah Modric dan Sneijder, tapi yuran perpindahan yg diminta dari kelab kedua2 pemain ini adalah tidak masuk akal. tetapi, apa2 pun boleh jadi di kem MU. utk seorang playmaker kreatif, aku lebih berminat melihat Modric ke MU.

body dia macam Scholes, tapi dia Modriiccc~


untuk bahagian sayap, MU dikatakan sudah hampir pasti mendapatkan khidmat Young. tapi minah2 gosip di England masih lagi mengaitkan Nasri dan Sanchez utk pergi ke MU. dalam kes Nasri, aku rasa agak mustahil kerana hubungan silaturrahim yg kurang akrab antara kedua2 kelab dan dalam kes Sanchez, sebab kelab2 lain pun berusaha utk hijack pemain ni terutamanya Chelshit. ingat lagi kes Obi Mikel dan Essien?kalau xtau, cepat2 tanya Tok Google. utk menjaga nama MU sebagai kelab paling berjaya di England, seorang pemain Inggeris perlu dibawa masuk dan ini bermakna Young menjadi calon paling layak.

harapan terakhir umat bola di England.


Alternatif lain sekiranya kesemua pemain ini tidak dapat dibawa masuk, ialah Kagawa, bukan hero dalan siri Ultraman atau watak hentai Jepun, tapi beliau adalah pemain tengah Dortmund yg baru2 ini menjuarai Bundesliga. ada juga kawan Ji-Sung kalau mata sepet sorang ni masuk MU. hehe

Shahrul Azhar? masih boleh diasah bakatnya sblm masuk MU. hehe


Striker.

Target: Zainizam Marjan

Verdict: top target MU utk menggantikan Berbatov musim ini. dgn corak permainan yg hampir sama dgn Rooney, beliau mampu memberikan pengalaman berharga utk barisan depan MU dikala mereka menemui jalan buntu dalam usaha memburu gol di saat2 genting. yuran perpindahan dilaporkan sebanyak RM30juta ditawarkan dgn gaji setaraf dgn Rooney, cukup utk membayar gaji kesemua pemain Sabah selama 10tahun. kepala Justin Ganai pasti berserabut memikirkan masalah ini di samping masalah prestasi skuad yg tidak menentu. mampukah Sabah mengekalkan lagenda mereka ini di Stadium Likas? kita tunggu dan lihat.

bersama abangnya, Matlan yg menjadi sumber inspirasi beliau


BTW, ko memang power la Zainizam.

Sekian sahaja drpd Jln Tuaran Bypass. kita bertemu lagi dgn gosip2 hangat.


GGMU! Go Sabah Rhinos!





2 comments:

Ha Fei Z said...

astagaa... sila jangan menge'post entry yg mengelirukan dan berbentuk auta.... haha

Za8 VDSar said...

ini fakta joo...aku ja yg tau info ni...ESPN pun tnya aku hari 2..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...