ok. hiburan yg dinanti sudah tiba. ahli lembaga pengarah MukaBola telah bersetuju untuk menerbitkan satu segmen mingguan/2minggu sekali yg bertajuk "Kenali Admin MukaBola Anda" atau dalam bahasa orang putih, "Know Your SoccerFace Admin". segmen ini berkonsepkan program Sehari Bersama Pelanggan yang biasa diadakan oleh jabatan2 kerajaan dan badan2 berkanun dan pada hari ini sahajalah anda akan dapat melihat senyuman2 paksa di muka penjawat2 awam apabila melayan pelanggan kerana tidak mahu rating program mereka rendah seterusnya bakal menerima leteran dari bos.
tapi kes yg sama tidak akan terjadi untuk blog ini kerana kami akan sentiasa melayan pelanggan dgn senyuman mesra dan hanya sesekali kami akan bermanja dgn anda dgn maki hamun dan sumpah seranah. bak kata pepatah cina purba, "customer is not always right".
objektif penerbitan segmen ini adalah untuk mendekatkan admin2 MukaBola (termasuk budak praktikal) dengan segenap lapisan masyarakat tidak kiralah dari golongan bangsawan hatta golongan marhaen disamping mengisi masa lapang admin2 yg kebanyakannya selalu melepak di pusat2 membeli belah sambil berbual2 kosong. ini sangatlah bertepatan dengan konsep "football for all" dan amat dianjurkan oleh FIFA dan sekutu2 Sepp Blatter.
untuk edisi pertama, kita akan mengenali dgn lebih dekat latarbelakang founder merangkap orang kuat blog ini diikuti edisi kedua iaitu biodata producer. oleh itu diharapkan kerjasama dari semua admin untuk menghantar resume anda kepada emel rasmi MukaBola dgn menyertakan info seperti makanan/minuman kegemaran, pemain/artis idola dan info2 lain yg anda rasakan relevan dalam bidang kebola sepakan. info anda akan dirahsiakan.
cadangan lain, sila post di ruangan komen.
chow! peace.

No comments:
Post a Comment