~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

28 June 2011

Sungai Pinggan... atau lebih dikenali.. RIVER PLATE..

ANDA KENAL KELAB INI.....

Anda kenal River Plate... adakah anda mengikuti liga primera argentinopopolus... dengan ini... Admin yg bernama Halu Zal ingin membuat satu kenyataan yg paling mengejutkan sluruh umat masyarakat Argentina samada yg tinggal di argentina ataupun telah menetap lama di Malaysia... RIVER PLATE RELEGATED to Primera B Nacional.... bermaksud... Sungai Pinggan telah disingkirkan ke liga perdana B Nacional...

Mungkin anda tidak mengenali Kelab yg bernama River Plate... ini adalah sesuatu yg tidak janggal di masyarakat kta yg sememangnya meminati Liga Perdana Inggeris sebagai Liga yg paling berpengaruh d Malaysia.. malahan kefanatikan untuk meminati sesuatu kelab Perdana Inggeris amat ketara dikalangan pemuda-pemudi negara kita... siapa yg tidak kenal Man.U.... siapa plak yg pura2 tidak knal dgn Chelsea... Arsenal knapa kta mesti tggalkan dlm perbicaraan ini.. Apa yg terjadi bila ungkapan "You'll Never Walk Alone" berkumandang... 4 kelab terbesar inilah yg amat dikenali d kalangan masyarakat utama negara Malaysia...

River Plate adalah sebuah kelab besar sama seperti kelab besar lain d liga perdana inggeris... yg membezakannya.. Kelab River Plate ini bermain utk liga argentina... dgn pencapaian yg amat menakjubkan... 33 kejuaraan menjadi Juara liga argentina yg tidak pernah dipecahkan oleh mana2 kelab argentina lg, tidak hairanlah mengapa kita perlu untuk mengetahui serba sedikit mklumat kelab ini...

Musuh tradisi kelab ini ialah Boca Juniors... Liga Argentina ini terbahagi kepada 2.. iaitu Apertura dan Clausura... bermaksud "opening" dan "closing".. liga Apertura berlangsung dari Ogos - Disember manakala Clausura dari Februari - Jun... perlawanan trus berlangsung tnpa mengira siapa yg handal... kelab2 terkuat trus membelasah... tp.. River Plate dikatakan telah kehilangan Taring mereka apabila trus dikalahkan oleh kelab2 kerdil... dan akhirnya smpai ke zon Penyingkiran.... mereka cuba bangkit... tp apakan daya mereka.... Taring mereka tidak djumpai lagi... format bg Liga Argentina ini ialah... 2 kelab terbawah akan terus tersingkir tanpa ampunan siapa2 lg.. manakala tempat ke 17 dan 18 akan bermain secara kalah mati atau lebih dikenali "Play-Off" dgn kelab Primera B Nacional yg berada ditgga ke 3 dan ke 4... format liga ini amat pelik sbnrnya... penyingkiran akan dilihat daripada average kelab tersebut dalam 3tahun beraksi dlam liga Apertura dan Clausura... sekiranya "average" kelab tersebut berada d tgga terbawah, maka tersingkir la mereka...

River Plate berada d zon penyingkiran dan menyaksikan mereka terpaksa mengharungi perlawanan Play-off dgn kelab Belgrano dari Primera B Nacional... perlawanan pertama menyaksikan River Plate dibelasah teruk 2-0.... dan perlawanan kedua mereka berakhir dgn seri 1-1... bermakna.. River Plate akan ke Primera B Nacional tnpa segan silu... Inilah nasib kelab yg kta tidak jangkakannya... dr sumber2 yg diketahui... River Plate mengalami masalah kewangan yg menyebabkan mereka menjadi tidak keruan apabila bermain... bygkan bila anda tidak dibyr gaji yg setimpal dgn permainan anda... atau hanya dibayar dgn senyuman sumbing pemilik kelab yg membelanjakan duit mereka di kedai2 toto yg berhampiran... masalah kewangan adalah punca bnyk kelab2 menjadi merudum...

Itulah serba sedikit ttg River Plate... ucapan takziah wat kelab tersebut.... kta berharap mereka akan menemui taring mereka ketika berada d Primera B Nacional...



1 comment:

Za8 VDSar said...

takziah utk sungai piring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...