~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

02 June 2011

Ada Apa dengan Promoted Club? QPR, Norwich dan Swansea...

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Swansea melengkapkan 3 team yang akan di'promote' ke Barclays Premier League (BPL) musim depan. Oyeahh! Power la team ni... Overcome the odds, dan bermain dengan sepenuh hati, jiwa dan raga... Berhempas pulas membanting tulang semata-mata untuk bermain di liga terulung di dunia... Berbaloi-baloi! Hail to the gaffer and the team squad.

Oh ya, fakta menarik - Swansea adalah kelab bolasepak WALES yang pertama bermain di BPL! :)


Swansea telah mengalahkan Reading dengan jaringan 4-2 pada pusingan playoff untuk merebut slot yang terakhir ke BPL. Sesuatu yang diluar jangkaan kita dan juga pundit bolasepak sedunia, kerana Reading dilihat mempunyai kelebihan dari segi line-up pemain yang rata-rata lebih power (e.g Shane Long, Khizanishvili & Andy Griffin) dan juga pengalaman mereka bermain di BPL sebelum ini. Tetapi status 'favourite' pada Reading nyata memberikan mereka sedikit keselesaan dan akhirnya mereka hilang pedoman (nda sembayang isyak kali) lalu tewas pada team kerdil dari Wales. Ptuii!

Penyokong 'mainstream' EPL - Gambar Sekadar Hiasan


Kepada penonton 'mainstream' BPL (ya, aku menggelarkan mereka mainstream), anda mungkin tidak ambil peduli pasal team-team yang kerdil ini. Bagi mereka, apa ada hal dengan team-team sebegini?? Bagi mereka juga, BPL ni hanyalah sekadar perjuangan team-team elit seperti MAN UTD, CHELSEA, ARSENAL & LIVERPOOL (masih elit?) untuk merangkul kejuaraan. Relegation battle? apakah menatang tu? Kata mereka sambil menjeling dan menghirup teh tarik di kedai mamak tanda kurang minat...

Lalu, artikel ini ditujukan khas kepada anda - penonton 'mainstream' BPL, yang team-team kerdil atau club2 yang baru 'promoted' ini juga mempunyai perjuangan mereka yang tersendiri, mempunyai visi dan misi, cabaran dan juga mempunyai 'drama' mereka yang tersendiri! Lebih hebat dari darama tv3 seperti akasia, lestari dan... aahhh! yang penting lebih la! Ada apa dengan 'promoted' club?? Let's Check it out!


1) N-power Championship, iaitu Liga bolasepak England yang berada di bawah BPL, rata-rata team mereka mempunyai visi dan misi yang sama pada setiap musim - iaitu menempah slot untuk bermain di BPL musim depan. Macam juga business plan, setiap manager club diwajibkan untuk membentangkan 'succession planning' kepada pemilik kelab bagi meyakinkan mereka bahawa kelab bolasepak tersebut berada pada landasan yang betul untuk mencapai misi mereka... Orait, itu basic dia... Sepa yang nda paham ayat aku... nda tau la...

2) Apabila visi mereka tercapai (bermain di BPL musim depan), manager biasanya akan follow-up dengan plan yang seterusnya iaitu pembentukan skuad yang lebih kompetitif, sesuai dengan corak permainan BPL. Biasanya pada season break (holiday la tu), manager akan memulakan 'shopping frenzy' mereka dengan membeli sebanyak mungkin pemain yang mampu membentuk skuad yang lebih power... Kalau big club (e.g. MAN UTD & CHELSEA) biasanya akan beli 3 pemain secara purata pada setiap season break dengan harga GBP80 juta, promoted club boleh membeli seramai 8 hingga 12 pemain dengan harga dibawah GBP10 juta sahaja! Macam beli di bundle pula... Murah!

3) Tahukah anda apa itu 'second season syndrome'? Sindrom ini berlaku dimana kelab yang baru di'promote' ke BPL itu akan bermain dengan baik dan survive pada musim pertama mereka, tetapi relegated (disingkir) pada musim kedua mereka. Ini adalah seperti satu fenomena yang biasa berlaku di BPL. Masih ingatkah anda bagaimana Birmingham City bermain begitu baik pada musim 2009/2010 (musim pertama, tempat ke-9), dan akhirnya mereka tersingkir ke liga championship pada musim ini (musim kedua, tempat ke-18)? Kekurangan sumber kewangan menjadi dalang dan punca utama kegagalan mereka pada musim kedua...


We'll be Back! kata fans Birmingham City. Just make sure u don't do like Leeds United...

4) Money = Success? Mungkin ramai yang tidak bersetuju tapi bagi kelab kerdil, the answer is YES! Dengan owner yang kaya tahap gaban sahaja lah mereka akan dapat membeli player yang best! Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan QPR naik ke BPL musim ini dengan adanya club owner yang kaya tahap gaban - siapa yang x kenal dengan nama ini, Lakhsmi Mittal. Beliau adalah top 10 orang terkaya di dunia according to FORBES. Dengan beliau sebagai owner di QPR, sesi membeli pemain tidak kurang situasinya seperti memberi dedak kepada ayam yang tengah kelaparan...

5) Tactical Maestro is a big advantage! Team yang mempunyai manager whose posessing a high tactical knowledge biasanya akan survive! From zero to hero, mari tepuk tangan dan kaki anda kepada tactical maestro yang terunggul, Uncle Roy Hodgson! Yes, aku tau... Dia x power time kat Liverpool dulu. But since dia masuk ke West Bromwich Albion, tiada siapa yang boleh memperlekehkan beliau lagi. membimbing team bawahan sehingga ke tangga ke-11 BPL bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan oleh seorang manager yang manage team yang masih dalam relegation battle... Tahukah anda ketika Uncle Roy takeover West Brom, mereka masih di tangga ke-18??


The Master of Tinkerer - Uncle Roy Hodgson

6) Early upset from the promoted club is not magical... Biasakah anda dengan scoreline sebegini?? Burnley 2-1 Manchester United, Liverpool 1-3 Blackpool, Arsenal 0-1 Hull City... Ini semua scoreline di awal season okayy?? Ketika itu manager dari team BPL masih belum biasa dengan percaturan taktik kelab2 bawahan ni... Ketika itu mungkin percaturan manager berjaya, ataupun mungkin juga faktor over-konfiden player2 kelab BPL telah membawa kita kepada scoreline2 yang huduh ini...

Ugly Scoreline...

7) Kenapa team yang melalui fasa playoff (3rd, 4th, 5th & 6th di chamionship) main power di BPL berbanding yang dapat automatik slot (1st & 2nd di championship)? Berdasarkan pemerhatian aku, team yang melalui fasa playoff ni rata2 team yang mempunyai line-up player yang lebih lemah, tetapi mempunyai keazaman dan konfiden yang tinggi! Siapa yang boleh nafikan kehebatan Blackpool bermain dengan team kuat BPL musim ini? Do the double against Liverpool, dan hampir2 mengecewakan Manchester United di laman sendiri? Honestly, aku rasa simpati dorang tersingkir ke Championship musim ni...


The Agony of Relegation... Sucks!

Pendek cerita, aku harap artikel ini dapat membuka mata anda semua untuk pay attention kat promoted club sama seperti club2 yang lain. The promoted club offers so much to the drama of BPL - the determination, the upset, the relegation battle... All in one, sila melanggan ASTRO! (tiba-tiba ni...)

Congratulations to QPR, Norwich City and Swansea! We will be looking forward to see you in action next season!

Sign Out,
awie ferdinand ;)

1 comment:

Za8 VDSar said...

aii~ last sekali ko suru aku langgan astro aa...peca la ni...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...