~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

30 December 2011

Luis Suarez Racist?

slm...mau crita bha...ada urg ckp suarez tu racist...mula2 2 aku pn cm pecaya jga la...tpi bila aku kaji2 balik...rupanya dia ni bukan racist sepertimana yg telah di gembur2kan oleh pihak media n EVRA...hehheh...dia ni seorg yg penyayang...x caya?...tgk video ni....YOU CAN'T HANDLE THE TRUTH!heheh




Ucapan sempena Cuti

sebagai supervisa besar blog ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada budak2 dan cikgu2 sekolah, termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, vokasional hatta sekolah memandu sekalipun. penuhi masa cuti yang tinggal dengan aktiviti2 berfaedah. update blog contohnya.


tidak lupa juga, selamat menyambut Hari Kelahiran Nabi Isa AS dan Selamat Tahun Baru 2012. harap2 azam tahun lepas sudah dicapai dan azam baru menjadi diringan kita untuk menghadapi tahun 2012.



akhir kata, jangan main air banjir krpada mana2 penduduk kawasan banjir sekalian. malang tidak berbau bak kata orang-orang tua.

sekian. terima kasih.


Sabahawks Friendly Match - KUIK HAPDET

Sabahawks vs Brunei DS, 4 dan 6 Jan 2012, Std Penampang jam 4pm.. akhirnya pasukan Brunei DS menerima jemputan utk friendly match ini.

Tapi petang ni jangan lupa di Padang INTAN jam 4 petang, lwn Quilmes FC. Perlawanan sebelum ini Sabahawks mengalahkan mereka dengan jaringan 3-1. Apakah akan ada kejutan dari Quilmes? Bersama kita nantikan..

turun la ramai2..

bhaa..


UPDATE!!

Sabah vs Quilmes FC, menang 11-0. Penjaring : Sharul, Michael, Bobby, Rosdin, Razlan 2, Messi, Sharudin, Juffry, Thanaraj 2.

sekian

Sukan dan Kesannya Kepada Alam Sekitar

isu pencemaran alam seperti pencemaran air, udara dan juga bunyi seringkali digembar-gemburkan di media massa. masalah ini semakin meruncing dari masa ke semasa.

oleh itu, di hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin mengajak teman2 sekalian untuk berfikir dan merenung seketika, dalam kita bersukan ni, apa yang dapat kita sumbangkan kepada alam sekitar?

aku ada jawapannya. gambar di bawah akan menjelaskan segalanya.


okeh. ini gambar budak2 aku main galah panjang. kenapa diorang main galah panjang d tepi pantai? sebab aku lupa bawa bola untuk jadi permainan budak2 ni. kenapa aku bawa diorang pigi pantai?

sebab aku buat program pembersihan pantai di Tanjung Lipat, Likas. pantai ini terkenal sebagai antara pantai terkotor di Kota Kinabalu. kalau xpercaya, sila tengok lepas Tahun Baru nih. semua jenis sampah korang boleh jumpa.

secara tidak langsung, sukan galah panjang boleh membawa kesan yang baik kepada alam sekitar sekiranya dimainkan selepas program pembersihan pantai.


orait. ini gambar aku di Pulau Mabul. aktiviti sukan aku berubah dari bola sepak ke acara renang dan terjun. renang berirama untuk kaum adam tidak begitu digalakkan untuk menjaga kemaslahatan umat di kawasan Mabul itu sendiri.

Pulau Mabul best. air jernih boleh nampak dasar. dari tingkap homestay pun boleh terjun. tapi adalah dinasihatkan supaya berhati2 semasa mandi manda sebab toilet di Mabul ni adalah laut lepas. direct ke air. ada faham?

beza hujung minggu di KK dan Mabul adalah nyata. di KK, bola sepak menjadi penyeri. di Mabul, Astro B-yond tetap tersergam di rumah air penduduk Mabul, tapi, channel bola tiada. yillek. tum nehi. bukan sukan kegemaran barangkali. maka, semua keputusan terpaksa diupdate melalui sms dan FB free. itu pun terpaksa mengikut keadaan line yang tidak menentu.

kemenangan MU 5-0 menentang Wigan adalah tidak dihairankan. musim Krismas dan Tahun Baru adalah masa di mana MU akan mengganas dan merampas kedudukan teratas BPL tatkala pasukan2 lain terumbang-ambing bak dilanda ribut taufan di Mabul.

kembali ke cerita di Mabul. penduduk di sana power ya Rabbi berenang. dari yg kecil, sampai ke pakcik2. setakat kolam renang saiz Olimpik 50meter, diorang terjun, menyelam sampai ke hujung. bakat2 mereka ini boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

kesannya kepada alam sekitar, kamu orang fikir la sendiri. aku mau rehat2 lepas balik dari bercuti.

malam Tahun Baru 2012 nanti akan menyaksikan MU menentang Blackburn. prediction aku, 3-0 utk MU.


GGMU!!

27 December 2011

Sabahawks Reserve Line-up

Goalkeeper - Andre S. Tippay, Robson Randy Rining dan Nikyus Saiddatul Yakup

Defender - Dendey Lowa, Didie Arizal Rahman, Nazrin Ramli, Adnan Arman, Razid Gafar, Apolinario Talakos, Mohd Idzihar Qaidi bin Jaidi, Azuan Azmah, Denisi Mekkhadan

Midfield - Mohd Razle bin Puteh, Ummareng bin Bacok, Aldrine Agus, Maxsius Musa, Fread Filemon Saih, Mohammad bin Mohd Safar

Penyerang - Zulmanshah Aling, Zackalani Antanom, Eyo Mathew dan Jetko Romedius Taipoi


dengarnya ada beberapa favret yang x lepas pemilihan ni. harap2 yg terpilih ni yg memang ada kualiti.

kamu ni masi muda2 ni.. kasi banyak la training utk jadi pelapis utk team Sabah bila suda besar nanti.. jangan kerja moginum saja..



bahh...

25 December 2011

Laporan Friendly Pre-Season Sabahawks

banyak perlawanan telah diadakan oleh team Sabah ni utk persediaan musim Liga Super tahun depan. banyak cakap x guna, di bawah ni result semua perlawanan setakat ini.

24 November 2011 vs Ceebagoo FC. Menang 9-0 (Bobby 4, Michael 3, Brendan 1 dan Rethuddin 1)

29 November vs Beluran XI. Menang 17-0 (Michael dan Brendan 3 gol, Leopold, Sumardi dan Naim Ahmad 2, Juffry, Rozaimi, Alto. Radzi dan Sabri 1)

6 Disember 2011 vs Puskag Kiulu. Menang 5-1 (Michael 2, Bobby, Juffry dan Sharuddin 1)

8 Disember 2011 vs Quilmes FC. Menang 3-1 (Bobby 2 Gol dan Rethuddin 1)

10 Disember 2011 vs Ranau XI. Menang 8-0 (Bobby 3 gol, Michael 2, Brendan, Rozaimi dan Sharuddin 1)

18 Disember 2011 vs Pilihan Kota Belud. Menang 10-1 (Juffry dan Razlan 3 gol, Bobby 2, Michael dan Rozaimi 1)

20 Disember 2011 vs Sarawak. Kalah 1-0

22 Disember 2011 vs Sarawak. Seri 0-0



Ulasan, kalo lawan team local bole la makan besar, tapi setakat lawan Sarawak pun xdapat menang, merisaukan jugak tu.

Next game mungkin lawan Brunei DS, 3 Januari 2012. still KIV.





bah...

23 December 2011

Kick It Out!!!


mesej ini adalah ditaja.

siapa mau baju free yang ada muka Suarez the Racist Diver, sila kontek admin Liverpool.


21 December 2011

Bosan

kadang-kadang saya bosan tengok header blog ni. jadah apa blog letak gambar admin? gaya macam budak-budak sekolah rendah pun ada.

so, untuk mengelakkan blog ini dianggap sebagai blog-blog budak amatur, saya gesa Designer blog ini untuk menukar header kepada yang lebih catchy dan up to date.

ada faham??!!

ini arahan, bukan permintaan.

harap maklum.



19 December 2011

Kalau Injury Begini Pun Tidak Bisa Membuatmu Bertaubat


"Blackburn Rovers telah mengalami tamparan lain dengan berita bahawa pertahanan Scott Dann telah menolak kemungkinan tindakan selama enam minggu selepas dia pecah testis."


ok. berita asal di sini. aku translet guna khidmat Google.

nasihat aku kepada abang2 dan adik2 di luar sana, bermain bola boleh menjamin masa depan anda lebih2 lagi kalau anda seorang yang power macam Messi atau Carrick.

tapi kalau kena injury begini, bawa2 la berenti main bola. gelap masa depan bak hang. silap2 tiada penyambung zuriat.

aku pun rasa ngilu baca ayat 'ruptured testicle" tu. macam hancur bekecai pun ada.

palis2.







tabahlah wahai anak muda. semoga engkau insaf dan menemui jalan yang lurus.


Teamwork & Solo


"Dia sepatutnya duduk di tengah-tengah padang. Saya mungkin akan denda dia!" seloroh Sir Alex ketika ditemubual mengenai gol solo Carrick dari tengah padang.



Carrick ketawa kecil pada cadangan sebelum menyatakan bawaha dia "gembira untuk membayar jika saya menjaringkan gol seperti itu".

boleh tahan juga orang tua ni melawak.

kbai.

di bangku simpanan.......













18 December 2011

LATEST!! - Line-up Pasukan Sabah

Musim baru Liga Super bakal bermula pada 10 Januari 2012 dengan pasukan Sabah akan bertemu pasukan FELDA di tempat lawan. pada 14 Januari, baru lah Sabah akan bermain di stadium keramat Likas.

Musim baru ini membawa perubahan dengan pasukan2 dibenarkan mengambil pemain import. tujuannya, untuk menambah kualiti, kemeriahan dan juga menarik penonton datang ke stadium.

Pasukan Sabah tidak ketinggalan dengan mendaftarkan dua orang pemain import dari negara kanggaru iaitu Brendan Gan dan Michael Baird.

Senarai Pemain2 Sabahawks yg akn didaftarkan dgn FAM :

Penjaga Gol -
Syed Adney
Azizon Abdul Kadir
Irwan Jamil.
Pertahanan -
Rethuddin Awg Emran
Mohd Fariz
Ronny Harun
Mafry Balang
Sumardi Hajalan
Alto Linus
Rosdin Wasli
Midfield -
Brendan Gan
Zuraindey Jumai
Sabri Sahar
Julamry Mohd
K. Thanaraj
Naim Ahmad
Sharudin Yakup
Radzi Husin
Sharul Azhar
Penyerang -
Michael Baird
Zainizam Marjan
Bobby Gonzalez
Safuan Rahim
Juffry Omopor.

Mohd Rozaimi dgn Leopold Alonso didaftarkan dgn skuad Piala Presiden dpt berlatih dgn senior team.


Harapan saya, dengan gabungan pemain baru dan lama serta beberapa bekas pemain kebangsaan, pasukan Sabah akan dapat membawa balik sekurang2nya satu piala yang dipertandingkan. lama suda kita nda merasa cuti peristiwa sebab menang liga. xsilap aku, tahun 1996 last.

next post, aku bagi info pasal pengurusan pulak.

ok. chow~

15 December 2011

Inflammatory Bowel Condition


Dari laman web rasmi Manutd.com

On behalf of Darren Fletcher, Manchester United wishes to announce that he is taking an extended break from football for health reasons.

Over the past year he has had several absence periods which we have attributed to a viral illness in order to respect his right to medical confidentiality. Darren has, in fact, been suffering from ulcerative colitis (a chronic inflammatory bowel condition) for some time preceding this.

Whilst he was able to maintain remission of symptoms for a considerable period this has proved more difficult recently and Darren’s continued desire to play and his loyalty to both his club and country has probably compromised the chances of optimising his own health and fitness.

He has therefore accepted medical advice to take an extended break from the demands of training and playing in order to afford the best chance possible of achieving full remission once again.

We request that his privacy is respected and hope that the removal of the additional stress associated with speculation regarding his health will also aid his recovery.


entah apa benda penyakit ni pun saya xtau. gastrik migrain tu saya tau la. saya bukannya doktor. tapi doktor kata, serius juga kecederaan beliau ni. macam mana main bola sakit bole sakit perut?

salah makan barangkali. palis2.

pesanan daripada saya, bawa2 lah rehatkan perut tu. banyakkanlah berpuasa. kurang2kan lah main bola. team kau pun bukan masuk Champions League.

Get Well Soon Fletcher!!!



12 December 2011

Welcome To Manchester




the home of Europe. tidak kira Champions League atau Europa Cup. kesah apa aku?

daripada team satu tu langsung xlayak main Eropah. keh3.

Man Utd menunjukkan respon yang baik selepas kalah dengan Basel dalam saingan Eropah dan mengesahkan tempat ke Europa League dengan membelasah Wolves 4-1 di kandang sendiri.

Rooney dan Nani kembali menemui sentuhan pemusnah dengan masing2 menjaringkan dua gol dan kem MU mengharapkan form ini berterusan sepertimana yang ditunjukkan oleh duo ini di awal musim.

masalah utama dalam kem MU adalah kecederaan lutut serius yang dialami oleh Vidic yang membolehkan beliau berehat hingga ke akhir musim.


masalah kecederaan juga dialami oleh kembar Fabio dan Rafel, menambahkan kerapuhan di bahagian back four MU. alternatif yang digunakan oleh Sir Alex adalah dengan menguji Fryers, left back muda dari skuad simpanan. kita lihat kemampuan anak muda ini dalam perlawanan2 akan datang.

Anderson dan Cleverly juga mengalami kecederaan jangka panjang dan mengurangkan flair dan enthusiasm di jentera tengah MU.

kecederaan Owen, Berbatov dan Chicharito pula menambah derita MU di bahagian serangan meninggalkan Rooney, Welbeck dan Macheda mencari gol.

itu cerita MU. aku cerita pasal cedera pun bukan mau bagi alasan kalah. sekadar berkongsi cerita physio MU masa aku lepak2 dengan diorang tempoh hari.

keh3.

jiran mereka yang bising pula akan mengalami kekalahan pertama di tangan Chelsea. bukan mengharap Chelsea sangat pun, tapi xkan la kelab yang main Champions League boleh kalah lawan kelab Europa League kot.

kan?kan?kan?


agak2 kalau aku pakai begini boleh menang ka?




03 December 2011

LATEST!!- EURO 2012 Group Stage Draw


aku sempat layan undian yang baru dibuat tadi dengan Marco van Basten dan Zenedine Zidane mengetuai acara meng'shuffle' bola-bola undian. perlawanan dan juga bet untuk acara tahun depan di Poland dan Ukraine bakal ditentukan. pasti bookie2 pasti sedang sibuk mengatur perlawanan dan kutu2 judi sibuk merancang strategi dan menilik nasib.

haiwan tukang tilik seperti sotong, burung kakak tua dan tak dilupa tenggiling busut pula pasti akan dipelihara sehingga mencapai umur matang pada musim panas nanti untuk menaikkan populariti pemiliknya dalam kalangan penggemar kepercayaan tahyul. mana tau tekaan haiwan mereka itu mengena.

berikut adalah senarai kumpulan yang telah diundi.

Group A
1. Poland
2. Greece
3. Russia
4. Czech Republic

Group B
1. Netherland
2. Denmark
3. Germany
4. Portugal

Group C
1. Spain
2. Italy
3. Republic of Ireland
4. Croatia

Group D
1. Ukraine
2. Sweden
3. France
4. England

Fakta 1: Pasukan England adalah pasukan yang paling last diundi. orang Sabah bilang paling "uncit".

Fakta 2: Perlawanan pembukaan adalah diantara Poland vs Greece.

Fakta 3: bagi aku kumpulan B adalah Group of Death.

Fakta 4: England akan tersingkir di peringkat kumpulan.

Fakta 5: Netherland akan memenangi EURO kali ini.


Sekian dari saya melaporkan dari Stadium Astro, Kg. Pasir Putih.




01 December 2011

Manchester United menangis

semalam aku xtau pun ada game. ingatkan Champions League. rupanya Carling Cup. piala kelas ketiga. maka pemain yg main pun kelas ketiga juga lah.

melawan CRYstal Palace, skuad liga bawahan ini berjaya menjinakkan MU dalam masa tambahan.

Cry baby cry.

Carling Cup ja pun. heh..heh..heh..




Separuh Akhir :

Manchester City vs Liverpool

Crystal Palace vs Cardiff City

26 November 2011

Pra-Tonton - Man Utd vs Newcastle Utd

PERLAWANAN MALAM NI MERUPAKAN PELUANG UNTUK KEDUA2 PASUKAN UNTUK MELUPAKAN KEDUKAAN LALU. UNTUK MU, KEPUTUSAN SERI MENENTANG BENFICA YANG MENYUKARKAN PERJALANAN MEREKA DLM LIGA JUARA2 PASTI MAHU DILUPAKAN SECEPAT MUNGKIN. BEGITU JUGA DGN NEWCASTLE YG MENGALAMI KEKALAHAN PERTAMA MEREKA DI TGN MAN CITY MINGGU LEPAS. AKU JANGKAKAN PERLAWANAN YANG SENGIT DAN MENGHASILKAN 3GOL. PREDICTION AKU, 3-0 UTK MU. P/S: POST DITAIP MENGGUNAKAN HENPON NOKIA C6. MACAM HARAM CAPS LOCK N ENTER XBOLEH GUNA. 

23 November 2011

Gembira Tu Gembira Juga, Yang Bangang Jangan Dilupa




Disebabkan menang, maka aku mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana memenangi pingat emas acara sepak bola. keputusannya satu Malaysia sudah tau. siapa xtau, sila apply jadi warganegara Filipina.

kisah perseteruan antara kedua2 negara ini tidaklah perlu digembar-gemburkan lagi. cukuplah dengan perang di buku sejarah, alam maya dan di kaca televisyen. dalam stadium, perangnya lain macam dari bangku penonton yang dipenuhi penyokong "Garuda Di Dadaku" sehinggalah ke tackle2 keras yang dilayangkan dalam padang.

apa yang dapat disimpulkan di sini, perlawanan sangat thrill apabila pada minit ke-5 lagi Malaysia debaran di dada meningkat 5kali ganda hasil tandukan Gunawan. gol penyamaan Asra hasil tandukan tiarap meningkatkan lagi debaran ke tahap kritikal.

kegembiraan jelas terserlah pada riak wajah seluruh penyokong Malaysia setelah sepakan kapten Baddrol Bakhtiar bergolek manja melapasi garisan gol. kejadian ini telah menyebabkan gempa bumi berukuran 8 pada skala Richter sekaligus menamatkan penantian hampir 2jam penyokong untuk melihat pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia dan mendapatkan "Ibu Segala Pingat Emas".

keadaan di stadium GBK sunyi sepi diselangi suara makian dari penyokong Indonesia. tapi lain ceritanya di Malaysia. video di bawah menggambarkan segalanya.





tapi sepanjang perlawanan, ada satu susuk tubuh yang sepanjang 120 minit masa permainan + sepakan penalti (jangan kira game2 sebelum ni sebab sebelum ni pun dia bangang), beliau sentiasa dihamburkan dengan puji-pujian dan kata-kata semangat (dibaca: sumpah seranah dan caci maki).

tak lain tak bukan beliau ialah...

+

+

+

ultraF*CKriman SUCKrani

bukan ingin melupakan gol sumbangan beliau yang membawa Malaysia ke pentas final, tetapi, sebagai seorang striker pasukan kebangsaan, beliau sepatutnya membuat yang lebih baik berbanding apa yang diberikannya semasa final. contoh paling mudah; menjaringkan gol dari sepakan penalti.

ok, aku malas membebel pasal FAKri ni sebenarnya, tapi kalau disimpan, makan dalam pulak nanti kan. keh..keh..keh..

sebagai penutup, nikmatilah gambar2 eksklusif sempena kemenangan Malaysia sambil menunggu perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia vs Syria.

enjoy.

penyokong Indonesia berbaju biru. heh..heh..heh..

dari kiri; Ray Gerrard, Awi Ferdinand Sinaga. hahaha

1-1 la konon.

tempat kejadian.

19 November 2011

Mengkepalabanakan ala Sokernet?


aku memang seorang follower Sokernet di blog dan juga di FB sebab aku suka. peduli apa aku kalau entri diorang tidak berilmiah dan mencarut ala Firaun. dah aku suka, mau buat macam mana?

baru2 ini seorang dua admin diorang ni telah mengkepalabanakan pasukan Malaysia yang seri 0-0 dengan Singapura. perangai diorang lebih kurang sama macam seorang ofismate aku Kirk Ramones. suka mengkepalabanakan pasukan pasukan tempatan apatah lagi team Malaysia.

petang kelmarin sedang member aku ni leka main FB, aku ajak dia keluar. pegi kedai mamak pekena roti konon, lapar. dengan boss aku, kami keluar cari kedai mamak. aku pusing area kedai tu 2kali semata-mata utk cari kedai yang pasang Astro Arena atau TV1. dapat satu port baik punya, game sudah start 10minit. aku tenang order roti bom.

sepanjang game, Kirk tidak henti2 berbicara pasal kebangangan pemain Malaysia (yang sebahagiannya aku sendiri pun setuju) tapi aku bekap timnas tercinta. nasib baik Malaysia menang 2-1, gol last minit. kalau tidak, mau aku kena kutuk 1minggu.

perjalanan pasukan Malaysia di Sukan Sea ni bagi aku tidak perlu lah di besar2kan sampai tahap World Cup. aku cuma harap diorang tunjuk game yang menghiburkan, macam MU. that's all.

tapi kalau simple pass pun tersasar, trough pass pun 5batu jauhnya, shooting pun ke bulan, aku nasihatkan pemain2 muda Malaysia ni cari lah karier yang lebih terjamin. menoreh getah contohnya.

tiada orang kutuk, senang hati.




p/s: sekarang ni aku tengah layan Malaysia vs Burma. main pun macam setan ni. sebakul cacian sudah aku tabur. demm.

17 November 2011

Garuda

sebenarnya binatang apa garuda ni? saudara burung puyuh? adik binatang kiwi?

apa2 pun, Malaysia menang 0-1. next round, pesanan dari kami admin MukaBola, jangan main macam bangang.

kalau bola depan gol tu, sepak la masukkan dalam jaring. please lah.

nasib baik mamat seekor ni sepak lepas celah2 kaki keeper.

bangang juga keeper Garuda tuh.



"setakat Ferdinan, Lucas, Diego.. Obi Mikel pun gua sepak!!"



13 November 2011

Bukti




ini bukti aku pegi selection.

siapa xpercaya gambar ni gambar aku, sila klik butang pangkah di sudut skrin dan pegi tidur.




9th November, 2011

KOTA KINABALU: Over 100 hopefuls turned up for the Sabah Football Association open selection trials held at the Kota Kinabalu Sports Complex Field C in Likas yesterday.

However, quality wise, it was far from encouraging as most of them are not up to the Malaysian Super League standard, at least according to Sabah head coach Justin Ganai, who headed the FA’s selection committee panel.

While pleased with the good response, Justin could not help but openly admit that he hardly saw any potential players that are good enough to be roped into the State senior squad for the new season.

For that reason, Justin cut short the trials to a mere one day, instead of the scheduled two days.

Among the notable names that attended the first day of trials were former State players Joey Ryan Gundok, Azrul Ejati Damsah, and Mohd Farid Saibun.

Leopold Alfonso Otong was also seen at the selection scene, so as several former Reserve League players, including the much traveled Sanjos Sundawat.

Sanjos, 30, braved himself to look for greener pastures after failing to get a place in the State senior team after his Reserve League days (2003).

He joined Johor FC in 2004 before signing for Kuala Lumpur the following year.

In 2006, he moved to Sarawak before joining Police. After two seasons with Police, the Keningau lad signed for Selangor in 2009 before moving to the now defunct KL Plus.

This season, he played for the demoted Perlis.

While reluctant to elaborate further, Justin said only about two players impressed him during the trials.

Justin added he will call the duo, Mohd Farid Saibun and an unknown striker from Kota Marudu Raynol Masaat, 24, to join the rest of the 15 players that have been retained for the new season.

However, Justin said they still have to prove themselves in training if they harbour any hope to make the State squad.

For the record, Farid Saibun last played for Sabah in 2010.

Sabah will begin their pre-season training on November 14.

Meanwhile, it is believed that all local players from this season’s squad have been retained for the new season.

If the rumour proves to be true, then skipper Md Reithuddin Ag Emran, Rosdin Wasli, Zainizam Marjan, Mafry Balang, Julamri Muhammad, Zuraindey Jumai, Shahrul Azhar Ture, Razlan Oto, Radzi Mohd Hussin, Alto Linus and Sumardi Hajalan will have another shot in spearheading Sabah’s challenge.

Goalkeeper Syed Adney Syed Hussien and K. Thanaraj are also believed to be retained while the first choice custodian Azizon Abd Kadir’s fate in the team is still uncertain.

The FA is yet to officially announce the list of the players they have retained for the new season, and the same for four players that have been dropped, whose names are still being withheld

But one thing that is certain is that Mohd Fariss Azlan Mat Isa has signed a permanent deal with the State squad.





09 November 2011

Projek Hari Rabu


hari ni aku xpigi selection. badan aku sakit-sakit. bangun tidur tadi baru rasa badan aku ni semakin berumur rupanya.

semoga berjaya kepada yang pigi selection. kalau terpilih, main dengan penuh semangat ok.

aku mau out tengok wayang, lepas tu aku mau tengok bola.


choww!!

08 November 2011

Projek Hari Selasa


pagi tadi aku bangun tidur dengan fikiran yang berbelah bagi. mau pegi ka tidak. mau pegi ka tidak. aku dapat tau benda ni dari FB tapi aku betul2 belum pasti samada mau pigi ka tidak. ada budak aku sorang ni ajak pegi, tapi sampai aku siap mandi, budak ni senyap ja. dasar tidur mati.

"mesti xbangun lagi budak ni" getusku dalam hati.

so aku pun bungkus laptop, pakai kemeja kotak2, sarung seluar jeans coklat Big John, pakai gel di rambut dan bersiap sedia untuk ke opis. sempat juga aku bungkus jersi, boot Adidas yang sudah berhabuk dan glove Nike De Gea. just in case projek kami ni jadi. aku sarung sandal dan turun menuju kereta.

sedap2 aku panas enjin, budak aku call, dia on the way katanya. jam sudah menunjukkan jam 8.30am. aku plan mau pigi thumb in dulu di opis baru teruskan projek, tapi nampak gayanya macam xsempat.

15 minit kemudian budak aku sampai naik skuter. macam setan gaya. baju gambar lidah Rolling Stone, seluar tiga suku rambut bekarat. Nakamura la konon katanya. aku pecut ke padang A Stadium Likas.

"maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu" ringtone handphone aku memekak. boss aku call.

"boss!! gua bawa budak pigi projek nih. dekat tengah hari baru aku masuk opis" jeritku melawan bunyi enjin lori yang lalu sebelah kereta aku.

"okay" jawabnya cool.

9.15am. Justin Ganai, Scott Ollerenshaw dan Khairul Azman sudah menunggu aku di tepi padang. muka masing2 cool ja, mentang ramai budak2 baru. ada sorang foreigner lagi aku xkenal, dengar2 coach baru. gaya macam bagus ja. tampar muka ko nanti.

dalam padang, Farid Idris dan Leopard Alfonso sudah terkedek2 kejar bola dengan beberapa budak baru yang lain. aku tenang dengan kemeja aku, gaya macam scout tengah cari bakat baru. budak aku sudah siap pakai kasut tapi baju masih lagi gambar lidah. aku suruh budak aku isi borang tanda xpuas hati dengan pemilihan bajunya.

Khairul Azman tegur aku, "ko xmain ka? tiada keeper ni. aku jadi ref".

"malas la geng, aku hantar budak aku ja ni" jawabku separuh menguap.

"main la kau, teda orang suda mau jadi keeper ni, silap2 ko kena pilih" balas Khairul.

aku pun fikir2, agak lama juga aku xmain bola padang besar. so dengan pantas aku tukar baju sarung glove. terus masuk padang.








2jam kemudian, aku terduduk di padang, tunggu ref tiup utk stop game. memang membunuh matahari KK ni. mau pitam pun ada. ciss~

taubat aku ikut selection player Sabah ni. jaga la kau Justin Ganai. kalau ko nda pilih aku, aku kapel dengan anak ko di kolej tu.

heh..heh..heh..


05 November 2011

Tidak Mengenal Erti Raya #2


post pertama dari she's kaki comey sudah selamat disembelih...err..maksud saya dipublish di blog bola paling power di Bima Sakti. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam. setelah lima tahun menunggu. keh..keh..keh..

semoga semangat post pertama ini dapat dikekalkan ke masa akan datang. amin ya rabb.

okey. lupakan seketika kemeriahan menyambut Aidil Adha. lupakan seketika keriuhan suasana kampung bersama sanak-saudara dan keluarga. lupakan sejenak keletihan membuat lemang, buras, rendang dll.

perlawanan BPL hujung minggu ini sedikitpun tidak terusik dengan sambutan Aidil Adha dan ini bisa membuat Samir Nasri dan Abdul Salam Bilal Anelka berendam airmata kerana tidak dapat menyembelih unta di kampung halaman. tapi mereka boleh menebus semua itu dengan menyembelih lawan mereka minggu ini.

walaubagaimanapun, aku tidak mau membuang masa mengulas perlawanan2 lain yang tidak menarik. perlawanan tumpuan malam ini ialah antara Man Utd vs Sundalland.

meraikan 25tahun pemerintahan Sir Alex di Old Trafford, anak buahnya pasti ingin memberikan hadiah paling bermakna untuk atuk Fergie. dengan kemenangan di Everton dan menentang Otelul Galati di Champions League, momentum kemenangan ini perlu diteruskan untuk mengejar mata Man City.

hanya kecederaan Young, Cleverly dan Smalling sahaja yang memeningkan kepala atuk Alex tetapi bak kata pepatah, kalau tiada rotan, akar pun berguna. Carrick, Park dan Fabio akan menggalas William Gallas. ok, lawak bosan.

prediction aku, 3-0.

akhir kata, wassalam dan selamat menyambut Aidil Adha dan berkorbanlah demi agama.

takbir!!


04 November 2011

~Salam AidilAdha~

Labaikallah humma labaik. Labaikallah syarika laka labaik. Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

selain tu keistemewaan Aidiladha ialah ibadah korban,time ni kerbau kambing lembu menangis sbb dia la yang akan menjadi mgsa...itu sdh fitrah [kekek habislah kambing kat kebun tu],walaupon di sabah perayaan ni xberapa 'happening' org kata,tp ia ttp di sambut dgn gumbira,kan kan kan....dan bg aku pagi raya aku g msjd blk mkn2x n teroskan mcm hari biasa,teringin gak nak tgk kemeriahan kat belah east coast,mengalahkan syawal,tp entah bila..

usah memanjangkan cerita,di kesempatan ini sy mewakilkan team MUKABOLA ingin mencuri kesempatan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada anda semua muslimin muslimat..

selamat bercotiiii smpai senin...yahuuuu...
"Daging (qurban) dan darahnya itu_sekali – kali tidak akan sampai kepada ALLAH, tetapi yang_sampai kepada-NYA adalah ketakwaan kamu. (QS. Al-Hajj ayat 37). Salam Aidiladha~~

30 October 2011

Cerita Bola Domestik dan Seberang Laut


Piala Malaysia. piala keramat yang pasti mencari mangsa setiap tahun. tahun lepas, mangsa Piala Malaysia adalah pasukan N9 kerana ditimpa kekalahan dgn pasukan Kelantan.

tapi tahun ini lain ceritanya. mangsa kali ini adalah penyokong kedua-dua pasukan apabila pihak FAM telah menukar venue perlawanan akhir dari Stadium Bukit Jalil ke Stadium Sawah Shah Alam. lebih cilaka lagi apabila harga tiket perlawanan akhir dinaikkan ke RM50.

"kalau aku tampar mulut kau sana"

jawapan FAM yang paling epic adalah, "FAM tidak mendapat untung walau 1sen pun. keuntungan akan dibahagi2kan kepada pasukan yang bermain di Final" dan "harga tiket di Malaysia lebih rendah berbanding negara jiran, termasuk Timur Leste. ini fakta."

wadehell FAM langsung xdapat untung?agak2 la kalau mau tipu pun.

pasal perbandingan harga dengan negara jiran, aku no komen. alasan ini selalu digunakan sejak dari zaman kenaikan minyak lagi untuk menimbulkan rasa bersyukur dalam kalangan rakyat 1Malaysia, seterusnya menutup mulut marhaen bola.

bangsat sungguh.

kesannya, boikot tiket diadakan, FAM menerima kecaman dan laman sesawang digodam. perlawanan diadakan di atas padang sawah yang tidak rata dan bertompok2. keputusan berpihak kepada N9 2-1, Hai-O menjadi hero skuad Jang dan Sarbinee menjadi badut skuad Penyu.

adegan yang tidak ingin kita lihat

kira ok la tu bayar rm50 dapat tengok Sarbinee buat mistake badut. heh..heh..heh..

kita berpindah ke cerita luar negara.

Everton 0-1 Man Utd.

game yang biasa2 saja, gol yang biasa2 saja. menang pun buat biasa2 saja.

Chel53a 3-5 Ar53nal

game yang menarik, hatrik dari RvP, lepas ni Terry mesti tukar kasut jenama Gold Cup 6stud, Mertersacker mesti diberikan latihan gym supaya lebih tegap dan bertenaga berhadapan dengan ancaman pemain2 bertubuh besar. pemain Chel53a sampah.

aku emo lebih2 pasal game domestik ni bukan apa, aku xtengok pun final Piala Malaysia. aku tengok MU lepas tu pigi main futsal.

keputusan futsal, Passompa FC 7-8 Team Iwan Pojie.

bagi can. heh..heh..heh..


25 October 2011

Selamat Menyambut Deepavali

sebelum sambut Diwali, kita mandi dulu..

opps..

pesanan dari saya, gunakan cuti Diwali dgn sebaiknya.




makan maruku di pagi hari,
Selamat Hari Deepavali.



ikhlas dari MukaBola.

23 October 2011

Turning Point

perlawanan sebentar tadi membuahkan keputusan yang membeliakkan mata. keputusan ini juga membuatkan ramai penyokong MU insaf seketika dan penyokong Manchester City (ada ka penyokong MC ni?) atau MU haters berkokok tanpa henti sehingga cuti hari Deepavali. keh3.

apa-apa pun, tahniah tulus ikhlas dari hati kepada Kompany and Co. kalah tetap kalah, pemain MU perlu mencari tonik yang sesuai untuk memulakan rentak kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

dan untuk penyokong MU sekalian, jangan risau, jangan panik. anggap kekalahan ini sebagai turning point yang akan menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang ke-20 untuk MU.

dan ini bukan janji manis sepertimana yang biasa ditaburkan calon-calon parti politik menjelang pilihanraya atau sebagai satu diversion daripada topik hangat kekalahan MU ini. jauh sekali untuk 'sandarkan pada kenangan' seperti yang selalu dilakukan penyokong team Cap Ayam.

ingat lagi musim 2010/11, MU memecahkan rekod kejuaraan yang dipegang bersama Cap Ayam iaitu sebanyak 18 kali? musim itu bukanlah musim yang mudah untuk MU. tentangan diterima dari Chelsea dan Manchester City. dan musim ini juga seperti menjanjikan tentangan yang sama.

pada satu masa, MU mengalami kekalahan back to back menentang Chelsea dan Liverpool. malu memang malu, tapi ini adalah turning point yang memotivasikan pemain untuk beraksi lebih baik seterusnya menjuarai BPL. sama seperti peristiwa kematian Gadaffi yang menamatkan pemerintahan diktator di Libya. sama seperti peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 yang tujuannya memperbaiki demokrasi di Malaysia.

hasilnya, dengan berbaki satu perlawanan, MU memastikan kejuaraan ke 19 selepas menang dengan Chelsea dan seri dengan Blackburn.

cukuplah aku bagi perbandingan dengan keputusan musim lepas. kalau aku bandingkan dengan musim 1995-2000 karang, macam sandarkan kepada kenangan pula kan. heh..heh..heh..

skrip kali ini lebih kurang sama, MU kalah teruk dengan MC. dan boleh jadi game lepas ini MU akan kalah lagi sekali. tapi, turning point itu pasti akan tiba. dan bila masa itu tiba, bersiap-sedialah para haters sekalian kerana United will have the last laugh. (ceh, asal ayat poyo sikit, guna bahasa Inggeris. hehehe)

mungkinkah kekalahan ini menjadi turning point utk MU menjadi lebih baik? ataupun, jadi lebih teruk?

aku pilih pilihan pertama. kita tengok minggu depan.

GGMU!!


18 October 2011

Semua Dalam Satu

Mari kita review perlawanan sejak bulan lepas. cakap banyak tiada guna. let's roll.

LIVERPOOL 1-1 MAN UTD

perlawanan yang paling ditunggu-tunggu hujung minggu lepas. melihat kepada rekod MU di A-field, keputusan seri adalah sudah memadai. dan melihat kepada barisan pemain, harapan lebih cerah disandarkan kepada Gerrard and Co dan Kopites untuk mencapai kemenangan. barisan MU tanpa Rooney, Nani dan Chicharito ternyata tumpul tanpa percubaan berbahaya.

Liverpool lebih awal menguji De Gea dengan percubaan Suarez. MU juga tidak mengalah dengan percubaan dari Jones dan Park.

Separuh masa ke dua, Kapitan Gerrard berjaya membuktikan kepada dunia bahawa telur Giggs lebih berharga daripada berkorban menghalang bola masuk ke gawang. maka berkokoklah seluruh warga Kop dengan lagu You'll Never Walk Alone yang bisa membuat mata mengantuk.

'Giggs : Opocot telur gua meletup!'

perkelahian antara arnab dan kura-kura

harapan Liverpool untuk mencapai kemenangan hancur berkecai 10 minit sebelum perlawanan tamat. Chicharito yang baru sahaja masuk, menanduk bola flick dari Welbeck untuk memberikan 1mata yang berharga utk MU di A-field.

nasib dilihat tidak menyebelahi Liverpool apabila percubaan Kuyt, volley Henderson dan tandukan Skertel tidak mampu untuk menerjah gawang dan keputusan seri memberikan nafas lega kepada penyokong Devils sekalian alam.

T-TEAM 2-1 SABAH (agg 4-2)

masih banyak yang perlu dibaiki dalam skuad sabah musim ini. melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dianggap pencapaian yg membanggakan jika dikira Sabah baru naik ke Liga Super tahun ini.

aku pun tidak tengok game di Terengganu, so xberani mau komen lebih-lebih. tapi kalau kalah tu, mesti ada masalah yang perlu dibaiki ye dak?

mengikut lidah-lidah yang boleh di percayai seperti Admin Sabahawks Fan Club @FB dan akhbar tempatan Sabah, pasukan Sabah menguasai perlawanan dan melancarkan serangan bertali air..err..maksud saya bertali arus. tetapi finishing yang tumpul menggagalkan usaha mereka mencari dua gol berharga untuk layak ke separuh akhir.

beberapa keputusan pengadil juga dilihat berat sebelah kepada pasukan tuan rumah dimana empat penalty claim oleh Sabah hanya dipandang sebelah mata oleh the man in black.

dengan keputusan yang sama dicatatkan dalam pertemuan pertama di Stadium Likas, T-Team layak ke separuh akhir dan menempah perlawanan menentang pasukan Hoben Jang Hoben.

sebagai saguhati untuk admin-admin dan penyokong yang menonton perlawanan pertama secara langsung di Stadium Likas, terimalah gambar ini sebagai pengubat luka. jangan keluar air sudah.

gullpp..

heh..heh..heh..

penat pulak mau taip banyak-banyak.

maka dengan gambar di atas, maka aku minta diri untuk ke toilet terlebih dahulu. hahahaha.

out!!


06 October 2011

Owen Hargreaves - Perjalanan Pertama

tajuk macam bagus. heh..heh..heh

perjalanan karier bolasepak pemain kelahiran Calgary, Alberta, Kanada ini penuh dengan ranjau berliku, layak masuk Bersamamu edisi injury. beliau sangat terdesak untuk beraksi selepas disahkan sembuh sehinggakan pada satu tahap, beliau sanggup menawarkan dirinya untuk bermain secara percuma untuk pasukan Manchester United bagi menunjukkan bahawa beliau masih boleh dipakai.

penyakit misteri apakah yang melanda pemain ini sampai dia menghabiskan lebih masa di atas bawah jagaan pakar fisioterapi berbanding masa beraksi dipadang?

sejarah karier - beliau memulakan karier profesional beliau di Jerman pada usia 16tahun dengan kelab gergasi, Bayern Munich selepas bermain di peringkat remaja di Calgary Foothils. tahun 2001/02 menyaksikan beliau melonjak dari seorang pemain muda kepada kesebelasan utama pasukan Bayern.

zaman kegemilangan di Bavaria

pencapaian beliau di Allianz Arena sangat memberangsangkan dengan mengumpul empat trofi liga Jerman, dan sebiji medal Juara Eropah dan ini meyakinkan Sir Alex Ferguson membeli beliau dengan harga 17juta pound pada 1 Julai 2007.

pernah diramas oleh Hargreaves

sempat menapau sebiji trofi Liga Juara

berhijrah ke pekan Manchester (the real one)

apa yang nampak cerah pada paginya tidak semestinya berkekalan hingga ke petang.

musim pertama dilalui dengan hasil yang memberangsangkan, memenangi Liga Inggeris dan Juara Eropah, termasuk menjaringkan gol kemenangan menentang musuh utama Arsenal di Old Trafford. ini antara kenangan manis sepanjang beliau berada di OldTrafford. sempat juga beliau merasa meramas piala atas titik peluh beliau sendiri.

sempat juga Fabregas merasa penangan Hargreaves ni

meramas trofi BPL

kenangan Final Moscow

kecederaan semasa d MU - malangnya, kecederaan lama yang dialami sejak di Bayern lagi kembali menghantui beliau. bermula dengan kecederaan patah tulang fibula di kaki kiri berpunca dari satu tackle keras daripada pemain lawan, dan di sinilah bermulanya 'domino effect' yang memaksa beliau duduk di bangku penonton selama hampir 2 tahun. kecederaan itu melarat ke patella tendon di lutut semasa beliau memecut dalam latihan seterusnya mencederakan quadriceps beliau.


budak fisio tolong explain

semua ini terjadi tanpa disedari dan selepas latihan, lutut beliau akan membengkak. beliau pernah mencuba suntikan penahan sakit dan menelan painkiller sebanyak 5, 6 biji sekali tetapi ini telah menjadikan kecederaan beliau semakin teruk.

beliau meneruskan usaha untuk mencari pakar yang boleh meyembuhkan kecederaan beliau yang serius, dan usaha ini membawa beliau ke Sweden, bertemu Hakan Alfredson. hasil diagnosis yang dilakukan, Hakan mencadangkan Owen untuk menjalankan pembedahan dan memberi jaminan yang pembedahan ini akan berjaya 80%.

dari Sweden, beliau ke Colorado untuk bertemu Richard Steadman, seorang pakar bedah lutut yang terkenal untuk manjalani pembedahan. pembedahan pertama dibuat di lutut kanan dahulu dan selang hampir setahun kemudian, lutut kiri beliau pula dibedah. semuanya untuk memastikan pembedahan ini membuahkan hasil yang diharapkan.

MU membayar hampir semua kos perubatan beliau dan usaha itu mula membuahkan hasil. 18bulan adalah masa yang diambil oleh beliau untuk kembali pulih dan beraksi sekali lagi. ujian pertama, menentang Wolves dan beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

malang sekali lagi, beliau hanya bertahan selama lima minit di atas padang. hamstring beliau telah koyak semasa cuba untuk mengejar bola. kecewa bercampur sedih, beliau meninggalkan padang dengan berat hati. segala usaha beliau selama 18bulan mendatangkan hasil yg tidak seperti yg dijangka. kesudahannya, beliau tidak disertakan di dalam skuad England untuk menghadapi Piala Dunia 2010.

melangkah keluar padang dgn berat hati ketika bertemu Wolves

ok. idea hampir kering. kita sambung di bahagian kedua.


chow.


04 October 2011

Preview Liverpool vs Man Utd (Edisi macam newspaper harian metro sikit2...)

Setelah sekian lama menyepi dari arena penulisan blog, kali ni aku terpanggil akan menulisnya blog mukabola ini. Hujung minggu ini adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana pertemuan seteru ketat abis, antara Liverpool vs Manchester United di padang A-field (lebih baik dari Suria Futsal Kota Kinabalu).



Suria futsal kk, sebenarnya lebih baik dari A-field...



"Match Janji Ghairah Tahap Maria Ozawa"


Pertemuan ini sudah tentu membangkitkan keghairahan (tahap maria ozawa) penyokong kedua belah pihak, tidak kira anda menyokong team setan merah mahupun team king kenny. Ini adalah match untuk mementukan siapa yang bakal menuntut 'bragging rights' yg selayaknya. Match yang lain tu x ghairah sangat... stakat menjadi pelengkap kepada match besar ni.

Kalau Team yang disokong kalah, kemungkinan facebook dan twitter anda akan dibanjiri anjingan atau salakan dari member seteru anda. Justeru, inilah keunikannya match yang melibatkan rivals ini - anda akan merasakan satu pengalaman yang manis dimana wall post anda penuh dengan member2 yang prihatin dengan anda... Setelah sekian lama wall facebook anda sepi tanpa berita.

Ghairah tahap Maria Ozawa? Headline ini sememangnya disengajakan untuk menarik minat para pembaca. Ini adalah taktik yang amat berkesan dari akhbar 'bikin panas' Harian Metro yang suka menggunakan Headline-headline yang panas untuk tatapan umum. Taktik ini ternyata berkesan kerana Harian Metro adalah akhbar no.1 di Malaysia.

Kepada Richard Scudamore (Boss besar EPL), aku ingin usulkan kepada anda - apabila match Liverpool vs Manchester United diadakan pada hari sabtu, sila tunda semua match team lain pada hari ahad atau weekdays...



Match minggu ni, sememangnya seghairah headline akhbar metro...



"Awas Manchester United!"


Sememangnya laungan ini sudah biasa didengari oleh sesiapa sahaja seteru ketat Man Utd, baik team Liverpool ataupun seteru2 lain yang bersaing di EPL. Menurut Kelab Liverpool Sang Pemimpi, Liverpool juga punya jentera serangan yang baik, mahupun defence yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk meng'upset' penyokong Man Utd. "Awas Manchester United!" Begitulah laungan pengerusi kelab mereka (Sang Pemimpi) ketika ditemuramah.



Lagak konfiden pengerusi kelab liverpool...
(gambar ihsan facebook)



"Tugas Berat Martin Skrtel"


Sekembalinya Martin Skrtel dari penggantungan beliau ekoran kad merah, beliau mungkin akan menggalas cabaran untuk mengemudi barisan defend atau saf belakang mereka. Memetik interview beliau dengan akhbar parodi online, beliau berkata...

"Sekembalinya saya dari suspensi match ini, saya akan pastikan tiada satupun gol akan berjaya ditembusi oleh syaitan merah. Saya akan menggunakan inspirasi dari Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya yang bertajuk bagaimana menjaga saf sembahyang untuk meyempurnakan solat. Saya baru menyedari bahawa saf solat yang tidak sempurna akan menyebabkan solat senang diganggu Syaitan. Maka ini taktik defence saya yang terbaru dan sesuai untuk mengekang gawang dari dibobol pihak lawan. Terima kasih ustaz..."

Katanya dengan penuh keyakinan...


Martin Skrtel... Kegemaran adik-adik skolah tadika.






DISCLAIMER - Admin baru blajar guna google image...

03 October 2011

MU vs LIV

slm...aku mau buka crita psl game minggu dpn antara MU vs LIV....mna ada can 2 MU mau manang...cuba la klu brani...hehehh...balik2 klah sma LIV YNWA.....aku saja ja ni mau ksi pns fan MU ni...mna 2?...hahahah..nnt klu sda klah ...mula la jdi benda2 cmni....

kimbet!siapa suru kau alex...kau nda kc main aku...nah...klh sda....

mula la dia tguk jam..."blum lagi abis bha ni ref...pa barang!!!!"

mula la nangis...mls aku...hahahah..


entry ni sbnr nya bertujuan mgapi-apikan penyokong setia MU yg dikatakan ramai(termasuk para admin...hehehh)...spya siuk ckit nnt tguk match..hahhah....

*kepada yang bukan penyokong MU,support aku jo...sorang ja aku ni...hehheheh.....jal....mna kau...mat...jim...hehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...