~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

24 August 2011

Lambat Update - Kita Memperoleh Kemenangan Ke-2

tuan-tuan dan puan-puan.

ingin saya tekankan di sini bahawa game di awal pagi adalah umpama shaithon yg direjam. tetapi disebabkan semangat solidariti dalam kem, aku gagahkan jua utk bertandang ke mapley utk menyaksikan perlawanan antara Man Utd vs Tottenham ditemani rakan pengulas, awie ferdinand.

sebelum bermula perlawanan, timbul sedikit kerisauan apabila memikirkan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan pertama utk Spurs dan kedua utk MU. Spurs mempunyai lebih masa rehat, membuat persediaan dan juga bermeditasi embun pagi manakala MU pula terpaksa berhempas pulas membanting tulang sebelum mendapatkan kemenangan pertama di Hawthorns.

juga dgn adanya fakta sedikit menggentarkan penyokong Spurs, yg mana Spurs TIDAK PERNAH menang di Old Trafford selama 14tahun. yt. 14TAHUN tuan puan. badi apa yg melekat dgn team ayam nih?baru jerkah dek setan sikit, berterabur bulu.

perlawanan pun bermula dgn agak seimbang seperti yg dikhabarkan oleh awie ferdinand dan separuh masa berakhir 0-0.

separuh masa kedua? skrip yang sama macam lawan WBA. lambat panas. sudah kena maki hamun dgn Pak Alex baru masing-masing terkedek-kedek cari gol. better late than never.

gol pertama disumbat oleh Wellbeck dgn menyambar hantaran lintang dari CLEVERly. Brad Friedel yg berjaya mengenepikan Gomes utk posisi GK, tergamam tidak mampu berbuat apa-apa.

man of the match

ok, selepas gol kedua inilah baru aku sampai ke mapley. terlajak tidur punya pasal. 1-0 di skrin rata mapley cukup membuatkan aku tersengih kambing dgn awie ferdinand sambil melabuhkan punggung di kerusi.

okeh, fokus bola sambil sahur Megi goreng+teh tarik.

gol kedua adalah epic, world class dan superb. permainan satu-dua dari Anderson dan Wellbeck disudahkan dgn tenang oleh Anderson hasil hantaran back-heel dari Wellbeck. gol ini memberi kelegaan kepada Anderson lantas beliau melakukan tarian kuda kepang di tepi padang.

"macam itu la cara untuk score goal. Torres mana Torres??"

gol ketiga dihasilkan oleh Rooney setelah menerima hantaran lintang dari kuda tua, Giggs. masih mengancam di usia senja, Giggs dgn mudahnya melambungkan bola dari kanan padang dan bola hinggap betul-betul di rambut baru Rooney. ke jaring lah jawabnya bola itu.

ini bukan gol Rooney. ini Rooney gol namanya

timbul sedikit keinsafan di muka Dawson yg tidak mengawal Rooney dgn kemas. semoga beliau cepat bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan yg sama semasa lawan Manchester City minggu dpn.

aku pun cepat-cepat insaf selepas mendengar suara azan berkumandang menandakan bermulanya waktu berpuasa dan masuknya waktu subuh. cepat-cepat aku teguk teh tarik, habiskan sampai ke titis terakhir. nda bagus membazir.

dalam perjalanan balik, aku menyumpah seranah menatang mana yg atur jadual awal pagi begini. demm.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...