~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

24 August 2011

Segmen Kenali Admin Mukabola #6

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan al-Mubarak.

bertemu lagi kita dalam segmen yang diangkat tinggi martabatnya setaraf dengan para muslimin dan muslimat yang berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari dengan penuh khusyu'. tak lain tak bukan, segmen Kenali Admin Mukabola al-Buaya. untuk kali ini, pihak kami ingin memperkenalkan kepada pembaca semua, admin kedua kem Arsenal iaitu jali great.

bersemangat patriotik dan sanggup berjuang sehingga titis peluh terakhir

terkenal dengan sifat kebapaan, kehebatan jali great memang tidak dapat disangkal lagi. jangan salah anggap penampilan beliau yang ganas, medengar lagu black metal dan kadangkala minum darah kambing sewaktu dahaga, beliau adalah seorang yang lemah-lembut, berbudi pekerti mulia dan mendengar cakap ibubapa (dan juga bini..siapa xsayang bini woi).

berikut serba sedikit latar belakang beliau:

Umur : umur anak dia baru masuk 3bulan, kawin umur 24. kira sendiri.

Hobi : bermain guli & sorok2 (dalam bilik kebanyakannya)


Posisi : semua posisi yg wujud dalam bola sepak selain Goalkeeper

Kelab: Artsenal Gunners & SVC (Sedcovest Corp)

Kenangan Pahit : emmm...macam tiada. semua pun manis2 belaka kata beliau.

Kenangan Manis :
menimang cahaya mata pertama. ni yg paling manis.

Kelebihan : tanya lagi. sudah terang lagi bersuluh. dia sudah ada anak. kamu ada?habis cicak di siling kamu timbak. hahaha


Makanan Kegemaran :
Kambing Bakar

Minuman Kegemaran : Spakling Anggur bebas alkohol


Pemain Diminati : Fabregas, Nasri, Clichy dan Wenger. heh..heh..heh..player mana ni?


Impian : ingin melihat pasukan Artsenal yang dibarisi pemain-pemain berbakat besar menjulang piala (apa-apa piala pun boleh hatta Piala Malaysia sekalipun) kerana beliau percaya, pemain-pemain ini berpotensi untuk dijual pada masa hadapan. (frust la tu dengan Wenger)



gambar anak jali great. tahniah tuan!!

ini bukan gambar bini jali great. ini gambar Leah Dizon yang bersopan santun.

jali great sabgat aktif bermain futsal bersama rakan sekerja beliau. team beliau yg digelar SVC adalah antara team yang digeruni di sekitar Kota Kinabalu. team ini sering mendapat nombor dalam setiap tpurnament yang disertai. kalau tidak nombor 4, nombor 5. hahaha.

dengar kata, admin Za8 VDSar juga pernah mencuba nasib untuk bermain dengan pasukan ini tapi ditolak mentah-mentah oleh pihak kejurulatihan kerana tidak cukup berat. boleh tahan juga ketat pemilihan team ni, kalah-kalah My-Team.

okeh. begitulah serba ringkas mengenai admin jali great. semoga berbahagia bersama anak dan isteri.

ucapan dari pihak pengurusan Mukabola, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat bermain mercun.


let's go sungkai & out!!



5 comments:

jali great said...

terer la sepa yg publish ni.. mmg sgt mengenali ak.. hatta aktiviti dlm bilik pon dia bole tau.. haha.. terharu aku ow.. btambah semngat la aku ni berkhidmat utk mukabola..

Za8 VDSar said...

smgt ko jali..ahad ni arsenal lwn MU..hahaha

jali great said...

smgt apa... mkin down adlah.. aku mau resign ni.. hahaha

Za8 VDSar said...

jgn dlu ko resign ba..liga beru start juga..hehehe

Ha Fei Z said...

time aku ada gambar Sora Aoi... time c jali great ada Leah Dizon.. hahaha... gila btul c abdul ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...