~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

15 August 2011

Tukar Mood : MukaTangkis dan Kemenangan Pertama


Bertemu kita dalam edisi pertama MukaTangkis dan ulasan yg julung2 kali diadakan di blog bolasepak ini adalah perlawanan yg boleh dianggap paling besar dalam dunia badminton. yeahh, perlawanan akhir perseorangan lelaki tulen yg mempertemukan pemain no.1 dunia, Dato LCW berhadapan juara dunia 4kali, Lin Tas...err...maksud saya, Lin Dan.

dalam tenis kita ada pertembungan epik antara Rafael Nadal dan Roger Federer, tapi dalam arena badminton, kedua2 nama inilah yg akan mencuri perhatian penonton seluruh dunia.

aku sanggup berterawih di rumah semata2 utk mengikuti perlawanan ini sambil terpacak buat kerja yg deadline pada hari Isnin. tanpa melihat kaca flatscreen Sony 32' yg tersergam di ruang tamu, mendengar ulasan Zainal Abidin Rawop sudah cukup untuk aku mendapatkan feel debaran, kegembiraan, senggama dan orgasme perlawanan ini. ayat "bulu tangkis meniti di jaring" pasti akan menjadi tagline seluruh rakyat Malaysia 2.3hari dari sekarang.

keputusannya sudah diketahui. Dato LCW sekali lagi tidak dapat menandingi ketenangan Lin Dan dalam perlawanan rubber game yg mengheret dengan kita2 sekali selama 80minit lebih. rekod di atas kertas tidak berjaya dipadamkan.

Lin Dan menang 1-2 hasil kesilapan mudah Dato LCW. kecewa disitu semua rakyat Malaysia.

salute utk penyokong!!

dan berbalik kepada sukan bolasepak....

di Stadium Hawthorns, Manchester United menang ke atas West Bromwich Albion juga dgn rubber game dgn kiraan mata 22-20, 21-14 dan 24-22.

Young and Clever
- disauk dari FB Man Utd


sekian laporan dari MukaTangkis. majulah sukan badminton utk negara.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...