~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

27 August 2011

Tidak Mengenal Erti Raya


dikala umat Muslimin seluruh Malaysia sedang berpusu-pusu memenuhi shopping complex, lain pula ceritanya di Eropah. scene bolasepak di sana meneruskan jadual mereka tanpa mengenal erti Aidilfitri. Awal pagi tadi, berlangsung perlawanan UEFA Super Cup antara Barcelona dan Porto. keputusan, Barca 2-0 Porto. jaringan Messi dan Fabregas.

Super Cup ke-4 utk Barca

hebat gila Barca ni, power nak mampus. Fabregas pun power. tidak sampai 1bulan pindah ke Barca, sudah 2piala dia ramas. power..power..power..

mau harap Arsenal? fail..fail..fail..

keadaan di England juga seolah-olah tidak memberi peluang kepada pemain-pemain beragama Islam untuk balik kampung beraya bersama keluarga. pemain seperti Anelka, Kalou dan Nasri masih lagi berlatih bersama pasukan masing-masing utk menghadapi saingan BPL.

Chelsea vs Norwich. bagi peluang la Torres score dlm game ni. Anelka main biasa-biasa sudah.

Tottenham vs Manchester City. Nasri bakal membuat debut. Seri sudah.

Arsenal vs Menchester United.

ini perlawanan yg menjadi tumpuan. setelah kecewa dlm 2 perlawanan pertama, Arsenal dijangka akan turun dgn lebih garang umpama budak tadika yg mengamuk sebab mak bapak dia xbelikan mainan Power Rangers lantas berlari-lari di dalam kedai mainan. dgn beberapa pemain tonggak sepaerti Pimpong...err..maksud saya Frimpong dan Gervinho masih menjalani penggantungan, Arsene Wenger pasti akan mendapat migrain utk mencari pemain yg dapat mengekang pasukan Setan Merah.

jgn sampai mencangkung lagi sudah.

manakala pasukan Setan Merah yg sedang dalam prestasi terbaik ketika ini, pasti mahu meneruskan kecemerlangan ummah. gandingan Smalling-Evans-Jones-Evra yg semakin serasi bersama pasti akan menggegarkan lutut V.Persie.

Young-Cleverley-Anderson-Nani juga hampir pasti diturunkan melainkan Sir Alex ingin menggilirkan pemain dan memasukkan Park dan Valencia di posisi sayap.

Rooney pula masih menunngu keputusan Sir Alex samada untuk menggandingkan beliau dgn Wellbeck, Chicharito atau Berba. sesiapapun yg bermain, aku ingatkan, main betul-betul. jangan main mercun.nanti putus tangan. hehe

dan sebagai penyokong pasukan terhebat ini, prediction aku adalah MU 3-0 Arsengal.

sama-sama kita tunggu game malam ni sdan esok.

Selamat Berpuasa dan Selamat membuat persediaan utk Hari Raya!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...