~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

10 August 2011

Premier League Fantasy Football Edisi Syawal - Part 1


Fantasy League, salah satu platform yg baik utk mendidik penyokong-penyokong kelab BPL utk mengetahui perkembangan kelab-kelab lain selain kelab kesayangan mereka. ia telah menjadi satu fenomena sejak kebelakangan ini dan sesiapa yg tidak mempunyai akaun Fantasy League selalunya akan disisihkan dari masyarakat dan dipulaukan oleh penyokong2 kelab BPL.

dan itulah yg terjadi dalam kalangan admin2 Mukabola. siapa yg tiada akaun fantasy league akan disuruh berlari bogel sambil jerit:

"I love Sagna!!"

melalui Fantasy League ini jugalah anda boleh menyaksikan seseorang penyokong itu berlagak cool walaupun kelab kesayangan mereka dibolosi atau dikalahkan. dan "magic word" yg akan keluar dari mulut mereka adalah:

"tidak mengapa, player yg score tu ada dalam team fantasy aku".

demm!!

sangat jahanam penangan Fantasy League ini sehinggakan kekalahan pasukan sendiri dipandang enteng oleh penyokong sendiri. apa jadah ni?

oleh itu, sempena menyambut kedatangan bulan Syawal yg mulia dan kehangatan musim baru Liga Perdana Inggeris, pihak Lembaga Pengarah telah meluluskan pembiayaan untuk membentuk Mukabola Fantasy League dan Tahukah Anda League di platform fantasy.premierleague.com

1. Mukabola Fantasy League (Head-to-Head)

Code : 1079757-281032

2. Tahukah Anda League (Classic)

Code : 1079757-252943

atas prinsip kesamarataan dan keadilan sosial, pihak kami juga menyediakan liga alternatif untuk kes mereka2 yg tidak berminat dgn aliran mainstream. kira alternatif ni underground la konon. indie.

Alternatif -

X-tra Small League (Classic)

Code :
1080347-280909

sama2lah kita meramaikan jemaah dalam fantasy league ini dan jangan segan silu menyebarkan dakwah ini kepada sahabat handai kaum kerabat yang lain. semoga jasa baik anda dibalas dgn setimpal di akhirat kelak.

yg baik itu datangnya drpd Allah dan yg buruk itu datangnya drpd kelemahan diri sendiri.

renung2kan dan selamat berfutsal...


2 comments:

Ha Fei Z said...

sila pastikan kod

Tahukah Anda League (Classic)
1079757-252943 adalah betul... kenapa aku nda dpt join...

Za8 VDSar said...

betul 2..ko suda masuk kali..cek balik dlm list liga kau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...