~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

11 August 2011

Premier League Fantasy Football Edisi Syawal - Part 2

masih lagi mengenai subjek Fantasy Premier League.

kepada sesiapa yg tidak ingin merasa kesunyian akibat dipulaukan oleh kawan2 lain atau risau disuruh berlari bogel sebab tiada akaun fantasy league, anda boleh ikuti langkah2 keselamatan yang berikut:

1. bolehlah pergi ke laman web yg telah diberikan di sini. pastikan akaun internet anda sudah dibayar.

2. isi butiran lengkap anda seikhlas yg mungkin sepertimana yg dikehendaki. sila jangan bergurau.

3. pilih nama pasukan yg melambangkan keperibadian dan perwatakan anda. Contohnya: Halu Zal akan memilih nama team Gontoloi United manakala awie ferdinand akan memilih nama team Justin Bibir FC.

4. set-up team anda seramai 15orang mengikut had wang yg ada dalam akaun anda. anda hanya diberi 100pound sterling. jangan gatal letak semua player mahal2. hutang piutang tidak dibenarkan.

Tips: Letak hanya 1orang player star yg harga 10+ di setiap posisi. cari pemain yg selalu diturunkan setiap minggu. paling bagus ambil kapten2 pasukan sebab diorang ni selagi tidak injured,konfem akan diturunkan dalam kesebelasan utama. dan biasanya, kapten ni player power. setuju?

5. kapten dalam pasukan anda akan di'double'kan markahnya setiap minggu. pilih kapten yg kerap score, assist atau keeper yg banyak save. memilih Kolo Toure sebagai kapten adalah iblis sebab beliau tidak akan bermain musim ini.

6. ambil perhatian sekiranya seorang player itu cedera atau digantung perlawanan kerana ia akan menjejaskan markah terkumpul anda. tukar pemain sekiranya perlu.

7. anda boleh menyertai liga public ataupun private. utk liga private, anda perlu mendapatkan code liga seperti yg diberikan dalam Part 1. utk private video, sila berurusan dgn Sang Pemimpi.

8. penganugarahan markah adalah berdasarkan prestasi pasukan dan individu. mau bebel banyak2 sini, saya pun tidak larat menaip. baca lah sendiri dalam buku panduan.

9. selamat bermain fantasy football.

roger and out.


2 comments:

Halu Zal-Sai said...

guntoloi aa.... badigol tul... hihihihh...

Za8 VDSar said...

private video 2 macammna aa?aku mau tgk juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...