~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

09 May 2011

Chelsea Kecundang, Arsenal Tumbang, Manchester United Gemilang....

Pengumuman kepada rakyat Sabah sekitar daerah Kota Kinabalu dan Telupid (tidak digalakkan) yang berkemampuan, akil baligh, tidak gila, masih bujang (digalakkan), mampu untuk bersuara, tidak mudah sedih, mampu menilai, dan mempunyai tunjang ekonomi yg agak stabil adalah dialu-alukan untuk datang beramai-ramai ke Stadium Likas pada 9.5.2011 untuk menyaksikan perlawanan Sabah menentang Pahang pd jam 8.15 mlm...
Berbalik kepada tajuk post ini... seperti yg kita ketahui dan saksikan, telah berakhirnya perlawanan yg dinanti-nantikan BPL dimana Arsenal telah tumbang kepada Stoke City dengan jaring 3 berbalas 1gol... tetapi tumpuan perlawanan adalah terarah kepada Manchester United yang menerima kunjungan sang biru iaitu Chelsea... pertembungan ini adalah pertembungan yang amat dinanti-nantikan oleh semua peminat Chelsea dan Man.U untuk menentukan sang Juara BPL... dan sang Juara seakan-akan telah mula kelihatan apabila Man.U memenangi perlawanan ini dengan 2-1....
Chicarito menjaringkan gol seawal minit pertama iaitu 35saat selepas wisel perlawanan bermula.. dengan lorongan J.S.Park kepada Chicarito yg kurang kemas ditampan oleh pertahanan Chelsea iaitu Luiz, Chicarito tidak mensia-siakan peluang itu dan terus sahaja menjaringkan gol peribadi beliau... Chelsea yg agak terkejut, tertanya-tanya dan mereka bermonolog dalam ht masing kenapa kejadian tersebut berlaku tatkala mereka inginkan kesempurnaan yg abadi... Luiz cuba untuk menenangkan hatinya dengan berkata kepada rakan sepasukan "its not me... not me... maybe u"..... Chelsea cuba bangkit dengan melakukan serangan-serangan lembab mereka tetapi tidak dapat menembusi benteng pasukan Red Devils... dan akhirnya pada minit ke 23, Vidic menanduk masuk hasil hantaran lintang Giggs... 2-0 dan Man.U terus menerus membalas serangan dengan corak "counter" yg agak merunsingkan kepala Ancelotti...
Pada separuh masa kedua, Chelsea telah melakukan pertukaran pemain dimana Torres, Alex dan Ramires dibawa masuk dan mengeluarkan Kalou, Luiz, dan Mikel... pertukaran tersebut membawa impak positif apabila gol dijaringkan oleh Lampard pada minit ke 68... Chelsea cuba menggandakan serangan tetapi gagal untuk menjaringkan gol... Pujian harus diberikan kepada Keeper Man.U kerana dapat menangkis segala tohmahan dan serangan2 Chelsea yg bertalu-talu... Wisel penamat dibunyikan dan akhirnya Man.U hampir pasti memenangi liga tersebut... Man.U cuma perlu seri pada perlawanan seterusnya dan mereka akan bergelar CHAMPION ENGLISH PREMIER LEAGUE 2010/2011...
Bagi ulasan untuk permainan Arsenal menentang Stoke dihalaman BRITTANIA stadium, Arsenal yg malang telah dibolosi 3 gol berbalas 1... Jones, Pennant, dan Walters adalah wira Stoke pada malam ini apabila masing2 menjaringkan satu gol... gol saguhati Arsenal dijaringkan oleh Van Persie... tiada gol dijaringkan oleh Bendtner, Arshavin, mahupun Djourou, lebih2 lg Koscielny....

Itu sahaja yg dapat diulas oleh Pengulas Bertauliah Halu Zal...

1 comment:

Za8 VDSar said...

kesempurnaan abadi...aku tampar kau sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...