~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

19 May 2011

Pra-Tonton - Seladang vs Badak

pertamanya, aku lebih prefer badak @ Sabah Rhinos berbanding Sabahawks. org Sabah bilang lagi 'kick' ba bunyi dia tambah seram2 sikit. iya la, mana lg org takut, badak ka helang?tipu la siapa cakap helang. padahal masa kecil2 dulu hobi melastik burung (bukan burung member ok). kalau badak, konfem nda cukup tanah kamurang lari. kan??

Seladang?selamba ja koboi2 sana Sepanyol kasi main. tp silap2 patah juga tu koboi kalau salah step. kena pijak. jadi kalau Badak vs Seladang?amacam tu?binatang mana yg menang?siapa sanggup mengadili perlawanan tersebut?

sori, ini bukan preview untuk rancangan Discovery Channel atau Animal Planet tapi ini ulasan bolasepak. pertemuan Perak vs Sabah di Stadium TLDM, Lumut bakal berlangsung petang ini. berikut adalah keputusan 5 perlawanan terakhir kedua2 pasukan.

Perak - Kalah, kalah, seri, seri, menang
Sabah - Kalah, menang, menang, seri, kalah

perlawanan terakhir kedua2 pasukan membuahkan hasil yg mengecewakan dan perlawanan malam ini akan menentukan hala tuju mereka dalam liga super. dan pastinya sebagai penyokong tegar Sabah, aku harap Sabah akan memperoleh kemenangan sepertimana yg mereka lakukan pada 9/4/2011 di Stadium Likas. so, sebab main di tempat lawan, kita layan ja la utarafm.net.

bermain di tempat lawan bukanlah satu tugas yg mudah. mental, emosi, kekuatan fizikal sangat ditagih lebih2 lagi dengan kehadiran bekas striker kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dalam kem Perak. tapi, Sabah juga mempunyai senjata misteri mereka untuk menentang Perak. Kehadiran striker berpengalaman, Zainizam yg telah menjaringkan 2gol dalam 3perlawanan pasti akan menaikkan nafsu pemain lain untuk memburu gol.

ok, aku penat la buat ulasan serius ni. cerita pasal Zainizam, tadi baru ja adik si Zainizam ni jumpa aku. adik perempuan ok, umur 20an, hebat main futsal, mcm abang2 dia juga. ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.

balik kerja ni aku mau jumpa adik Zainizam, dia ajak trening futsal tadi. aku ni jenis malu2 tapi mau, so aku plan mau offer hantar dia pigi futsal. kalau dia mau la.

aku mau susun ayat power dulu. prediction aku, Sabah menang 2gol berbalas 1.

orait bebeh. let's gone with the wind!! Hidup Sabah!!



5 comments:

awie ferdinand said...

sikit prediction ko btl act... seri 1-1... hehe...

Za8 VDSar said...

nasib baik seri..kalau kalah,aku tampar 2..

::Sang Pemimpi:: said...

sukur nak...nasib nda kalah lagi...nnt ada macik ckp..."ari2 klh!!!"....hahhahhaha

Ha Fei Z said...

sempat lg ko menggatal sana... hahahaha.. aii~..

Za8 VDSar said...

bukan menggatal pit..aku pigi inanam ja..nda smpai menggatal..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...