~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

10 May 2011

Menang Lagi - Aku Tukang Ramal yg Hebat.



Lee Chong Wei dan pasangan Koo Ken Kiat/Tan Boon Heong memang power. jadi pemenang Badminton Terbuka Malaysia. Man Utd jangan cakap la, memang power dari dulu, menang terus. Liverpool?bole la, semalam pun menang. Borussia Dortmund awal2 lagi suda menang Bundesliga, begitu juga dgn AC Milan.

tapi ada juga yg 'menang'gung kekalahan, yg itu kita jangan cerita la. takut nanti ada hati yg terluka.

tapi ada satu team ni paling power sebab menang 2kali b'turut2. memang 'rare' kalau dilihat kepada rekod sepanjang musim dan kedudukan dalam liga. itulah dia pasukan Sabah pimpinan Justin Ganai yg semalam men'sarkis'kan skuad Tok Gajah 2-0. Gol2 disumbangkan secara ikhlas dan rela hati oleh Julamri dan Zainizam.

cerita pasal Justin Ganai ni, aku kenal dgn anak dia. sumandak, comel, umur 19 kalau xsilap. num fon dia pun aku suda dapat. boleh kata setiap minggu kami jumpa. dan aku xsangka budak tu anak Justin Ganai. kalau nda, lama suda aku tekel, mau masuk stadium free punya pasal. nasib baik la~~~

ok, nanti kita cerita panjang pasal anak dia. skrg kita story pasal team Sabah.

rekod 100%, 4 gol, 0 bolos sejak mengambil alih pasukan boleh dianggap satu pencapaian yg baik. mungkin cara beliau menangani pemain telah meningkatkan semangat juang mereka kerana dikatakan JG lebih mesra dan memahami jiwa raga dan luahan hati mereka. tetapi ujian lebih getir menanti apabila melayani kunjungan skuad Harimau Muda A, kelab pertengahan liga, di Stadium Likas, Ahad ini. mampukah Sabah meneruskan rentak cemerlang ini?

jawapan dari aku sebagai tukang ramal yg berkesan, aku predict Sabah menang lagi, 3-0. aku up sikit sbb mau suru ramai2 pigi stadium kan. kalau mau harap Sabahawks.net, sampai kiamat la. website pun b'sawang. bagus bagi aku jadi admin. hampasss.

sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua rakyat jelata di setiap lapisan masyarakat agar datang beramai2 untuk memenuhi stadium. ok.

itu sahaja daripada saya, melaporkan dari Road To Aran.

p/s: siapa mau tiket free, bole kontek aku. nnti aku kawtim dgn anak Justin Ganai. dia tunggu aku skrg ni. mau pigi lunch.


2 comments:

Halu Zal-Sai said...

kasi dpt free.... sekurang2nya 4tiket,,,,

Za8 VDSar said...

kalau 4tiket, aku mesti belanja dia pizza...xberbaloi...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...