~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

02 May 2011

RamShere = Ramsey + Wilshere = Ars Menang..

Perlawanan yang dinantikan dan paling mendebarkan semua rakyat jelata telah berakhir semalam.. Arsenal menentang musuh tradisi mereka iaitu Manchester United... berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan Arsenal... 1-0.. perlawanan yang agak menarik dimana banyak serangan-serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan... walaupun Arsenal lebih banyak mengawal bola, tetapi serangan "counter" yang dilakukan oleh M.U sgt merbahaya dan hampir2 saja membuahkan hasil yg lumayan...
Pertahanan Arsenal yang masih rapuh dpt dilihat dengan mata kasar apabila Djorou dan Koscielny digandingkan bersama.. mereka masih perlu latihan untuk mengawal gerakan-gerakan penyerang pasukan lawan... chicarito hampir saja menghasilkan gol untuk pasukannya apabila hantaran bola lintang dari Evra tidak dikawal kemas oleh pertahanan Arsenal yg hanya melihat bola tersebut dan berharap agar bola tersebut tiba2 bocor dan tidak dapat ditanduk oleh chicarito..
Pujian harus diberikan kepada pemain tgh pasukan arsenal iaitu Song, Ramsey dan Wilshere yg bnyak menghasil gerakan dan hantaran2 satu dua yg cantik... dengan serangan balas yang dilancarkan oleh M.U melalui pemain sayap burung helang mereka iaitu Nani, M.U hampir saja memperoleh gol mereka... dan pemain2 sayap mereka ini ternyata sangat berbisa... tidak kurang juga pemain tengah mereka yg diketuai oleh Carrick yg mengawal bola dgn baik sehinggakan Wilshere terpaksa menarik kaki beliau untuk melihat kasut brand apa yg beliau pakai... cubaan Wilshere untuk melihat tidak berhasil apabila Refree melarang beliau berbuat demikian... Ramsey dan Wilshere yang mengawal bahagian tengah bermain sepenuh masa pada perlawanan ini... Fabio juga harus diberikan pujian kerana sering kali membuat gerakan tepi padang yang sangat merbahaya, dan juga menjadi pertahanan yg baik... dengan nafas beliau yg begitu panjang dan ditambah dengan kerajinan beliau untuk memiliki bola, beliau boleh dianggap seperti kuda belang yang inginkan kesempurnaan.. (apa ba ni)
Corak permainan yg diberikan oleh kedua-dua pasukan amat menarik dan menyebabkan Refree tidak dapat mengawal perasaan beliau apabila dia juga "merampas" bola dari passingan pemain Arsenal dan cuba untuk bermain.. tetapi beliau sempat sedar dan berpura-pura mengatakan bola tersebut terkena kaki beliau....
Dan pada minit ke 56, Ramsey menjaringkan gol untuk pasukan Arsenal hasil daripada hantaran Persie.. beliau merembat dan V.Der Sar cuba untuk menghadang tetapi bola tersebut bergolek d hujung tiang... dan mmg selalunya laahh.. bila suda ketinggalan.. M.U melancarkan serangan bertubi-tubi.. dan tempo permainan mereka juga semakin laju... dan akhirnya pada minit ke 94.. wisel dbunyikan menandakan permainan telah pun tamat... pasukan Chelsea dan fan mereka bersorak kegembiraan dan berkata "we have chance now"... dengan tamatnya perlawanan malam ini.. Man.U sekarang masih berada di kedudukan teratas dengan 73 mata.. diikuti dengan Chelsea iaitu 70 mata.. dan Arsenal ditangga ke-3 dengan 67 mata.. dengan masing berbaki 3perlawanan.. mereka masih memburu gelaran... kita nntikannya..
"Ramsey menjaringkan gol tunggal Arsenal"

2 comments:

awie ferdinand said...

"kuda belang yang inginkan kesempurnaan..." aaiii.... ayat power nie jal. hahaha.... terbaikk!

Halu Zal-Sai said...

hahahhaha... Pengulas bertauliah kannn.. wakakakakka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...