~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

10 May 2011

Sabah FA Line-up (beserta nombor jersi)

Seperti yang kita sudah sedia maklum, jersi Sabah FA tidak memaparkan dan mempaparkan nama pemain di belakang jersi pemain. Sudahla tiada nama pemain, penaja pun tiada. Kosong! Harapkan jersi ja berjenama adidas. Faktor ini berkemungkinan disebabkan ketiadaan bajet untuk mem'print' nama pemain di jersi masing-masing. Kedai aksesori sukan di KK ni cekik darah barangkali!




Oleh itu, sukar bagi kita mengenalpasti siapa nama-nama pemain yang diturunkan pada hari perlawanan. So, macam biasa, kami penyokong Sabah di stadium jerit nombor pemain ja la...


"nombor 2! apa punya sial ko tendang macam itu!... Marking pun cam hanjing!"


"Bangang betul main nombor 10 ni... kenapa nda dikasi keluar lagi ni..."


"Siapa ba nombor 26 ni? match aritu tiada dia ni... Main mcm sial..."


Memang nda best sebut nombor pemain ni! Makanya, post ini dibuat untuk menyahut permintaan admin-admin mukabola yang lain untuk menyenaraikan barisan pemain-pemain Sabah FA - beserta nombor jersinya!, agar kita semua dapat menyebut dengan betul nama-nama mereka di dalam Stadium Likas nanti. Bestla sikit kan... Kalau mau memaki pun sedap juga sikit... Kalo boleh sebut skali tempat asal durang!



SENARAI PEMAIN PASUKAN SABAH BESERTA NOMBOR JERSI MUSIM 2010/2011

1AZIZON BIN ABDUL KADIR
Umur : 30
Asal : Batu Gajah, Perak
Posisi : Goalkeeper
2MAFRY BIN BALANG (SIAP LA KAU... KAMI TAU SUDA NAMA KAU)
Umur : 26
Asal : Sipitang, Sabah
Posisi : Defender
4HARIRI BIN MOHD SAFII
Umur : 21
Asal, Kuala Terengganu, Terengganu
Posisi : Defender
5MOHD REITHAUDDIN BIN AWANG EMRAN
Umur : 32
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Posisi : Defender
6JEREMY MATTHEW DANKER
Umur : 26
Asal : Klang, Selangor
Posisi : Defender/Midfielder
7SUMARDI BIN HAJALAN
Umur : 25
Asal : Tawau, Sabah
Posisi : Midfielder
8ZURAINDEY BIN JUMAI
Umur : 30
Asal : Tuaran, Sabah
Posisi : Midfielder
9RAZLAN BIN OTO
Umur : 26
Asal : Sandakan, Sabah
Posisi : Striker
10MOHD. FARID BIN IDERIS
Umur : 28
Asal : Johor
Posisi : Striker
11ALTO BIN LINUS
Umur : 24
Asal : Keningau, Sabah
Posisi : Striker
12JULAMRI BIN MUHAMMAD
Umur : 25
Asal : Tawau, Sabah
Posisi : Midfielder
13GASILI PANGALOT
Umur : -
Asal : -
Posisi : -
14THANARAJ A/L KUMARASAMY
Umur : 24
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Posisi : Midfielder
15ROSDIN BIN WASLI
Umur : 28
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Posisi : Midfielder/Defender
17SHAHRUL AZHAR BIN TURE
Umur : 25
Asal : Tawau, Sabah
Posisi : Midfielder
18SIVAKUMAR A/L MUNUSAMY
Umur : 26
Asal : Kulai, Johor
Posisi : Defender
19MOHD SAFFUAN BIN IBRAHIM
Umur : 25
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Posisi : Striker/Midfielder
20ZAINIZAM BIN MARJAN
Umur : 29
Asal : Kota Belud, Sabah
Posisi : Midfielder/Striker
21RADZI BIN MOHD. HUSSIN
Umur : 24
Asal : Beaufort, Sabah
Posisi : Midfielder
22MOHD SALAWI BIN AHMAD JASAD
Umur : 21
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Posisi : Goalkeeper
23STANLEY BERNARD STEPHEN SAMUEL
Umur : 24
Asal : Puchong, Selangor
Posisi : Striker
25SYED ADNEY BIN SYED HUSSEIN
Umur : 24
Asal : Petaling Jaya, Selangor
Posisi : Goalkeeper
26LEOPOLD ALFONSO OTONG
Umur : 19
Asal, Penampang, Sabah
Posisi : Striker

Macam mana pun, aku nda pasti lagi semua nombor jersi nie tepat ka nda. Sumber-sumber yang aku ambil ialah dari website rasmi 'bersawang' Sabah FA, sabahawks.net dan juga malaysiansuperleague.com. Nombor 13 tu aku sangsi, sebab tiada dalam senarai pemain di sabahawks.net. Juga nombor 10 tu... betulka Farid Ideris? Kalau ada info share ya...

Oyakan... Jap, info terbaru! aku baru baca tadi di laman Facebook Sabahawks.net bahawa pemegang jersi nombor 13, Gasili Pangalot telahpun digugurkan dari pasukan Sabah, bersama-sama dengan Jeremy Matthew Danker dan juga K. Thanaraj. Bagaimanapun, rayuan Jeremy dan Thanaraj telahpun diterima dan mereka berdua telah diberikan peluang kedua oleh SAFA. Ba, apa lagi, buktikan kamu layak berada di Sabahawks! Buat Gasili pula, jangan putus asa jo... Manatau ko ada nasib di pasukan liga premier kan?

15 haribulan (ahad) nie match Sabah vs Harimau muda A, pasukan mid table yang haritu kena postpone oleh referee sebab keadaan padang di Stadium Likas yang macam bendang sawah. Abis duit barangkali SAFA, tiada maintenance. Ayuh! ramai-ramai kita penuhkan Stadium Likas bagi menzahirkan sokongan kita terhadap Sabahawks! Negeri Sembilan seri suda lawan Kelantan. Makanya, kita ada peluang untuk memintas Negeri Sembilan ke tempat ke-10... Selesa suda tu! Outside relegation zone...

Jika dirasakan perlu, boleh juga la print senarai pemain nie untuk dibawa ke Stadium Likas nanti. jangan lupa 'laminate'kan skali!


Sabahawks Boleh! Sabah Tatap! Ultrasumandak juga Boleh! Telupid Boleh!


Majulah Sukan Bolasepak untuk Tanahair... Sekian Terima Kasih :-)

3 comments:

Za8 VDSar said...

Passompa pun bole print nama...kemon la sabah...ka diorng takut kena kutuk?hahaha

max said...

faris bukan no 6 ka bro ? 10 bobby gonzalez.

max said...

o,,blum update punya pula. haha sory sory, xda nampak 2011 tadi. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...