~ Untuk laman sosial, kita ada 'Mukabuku'. Untuk laman bolasepak santai, kita ada 'Mukabola' ~


- Za8 VDSar, Founder.
- Halu Zal-Sai, Producer.

05 May 2011

Manchester melahap pasukan Schalke 04...

Seperti yg dijangkakan, pasukan Red Devils telah membaham pasukan Schalke 04... kemenangan tersebut telah membawa pasukan Red Devils ke Final Liga Juara-Juara yg akan berlangsung di Wembley England dan akan menentang pasukan Gergasi Spain iaitu Barcelona... kita akan menyaksikan perlawanan Final yg hebat dimana kedua-dua pasukan memiliki kekuatan batin yg tersendiri...
Perlawanan semalam yg menyaksikan ramai tonggak utama Man.U diketepikan untuk memberi ruang kepada budak Man.U yg masih memerlukan kekuatan minda dan ilham untuk bermain di perlawanan besar atau berprestij ini.. bermain di tempat sdri adalah sesuatu yg boleh menaikkan motivasi pemain terutama pemain Man.U yg bernama Anderson pemain tgh Man.U yg bnyk membantu Man.U dengan lorongan-lorongan cantik... Red Devil mengawal bola dan banyk melakukan serangan2.. dan hasil dari serangan tersebut, mereka telah menjaringkan 4 gol berbalas 1.. Referee yg amat prihatin dengan kejadian ini, sangat sedih melihat Schalke dibelasah secukupnya dan cuba membantu pasukan tersebut dengan memberikan kad kuning yg bertalu-talu kepada pasukan Red devil.. 3 kad kuning dilayangkan seperti layang-layang yg terputus talinya... gol pertama dihasilkan pada minit ke 26 iaitu mnerusi pemain sayap mereka Valencia.. dan selang 5 minit kemudian Gibson menjarngkan gol ke-2 Red Devils.. tetapi Schalke tidak cpt berputus asa.. 4 minit kemudian.. pasukan Schalke telah menjaringkan gol menerusi Jurado.. separuh masa pertama dikuasai oleh Man.U...
Pada separuh masa kedua, Man.U bagaikan telah dirasuk satu kuasa yg jahat apabila terus menerus memberi tekanan dengan melakukan serangan yg seakan-akan tidak mengendahkan perasaan-perasaan pasukan lawan yg ternyata kian merudum... ini dapat dilihat melalui gerakan-gerakan Berbatov atau lbih dikenali dengan pggilan mnja bliau ABG BARBA yg sgt merbahaya dengan larian-larian yg bisa menghuru-harakan pertahanan pasukan lawan...dan pada minit ke 72 dan 76... Anderson menjaringkan 2gol bg membantu pasukannya Man.U terus selesa untuk melangkah ke Final Wembley... 90 minit berakhir dengan kegembiraan yg nmpk jelas di wajah2 pemain-pemain Man.U terutama Pengurus Man.U iaitu Ferguson... mukanya tidak merah setelah memenangi perlawanan ini dan seterusnya melangkah ke Final Liga Juara-Juara seperti yg diidam-idamkan beliau ketika berumur 8tahun...
Pasukan Barcelona telah bersiap sdia mnunggu Man.U di Final nnt... kta nntkan perlawanan tersebut... siapakahyg akan bergelar Juara Champions League musim 2010/2011 ini.. adakah Barca atau Man.U... walau bagaimanapun... pasukan sabah tidak ketinggalan untuk diketengahkan dalam post ini dimana mereka akan menentang N.sembilan di stadium likas pada jam 8.15mlm pd hari jmaat bersamaan 6.5.2011... kepada fans sabah.. sila dtg utk meramaikan stadium likas tersebut dan membuat huru hara seperti yg sebelum2 ini...

Klik di SINI untuk melihat aksi-aksi perlawanan Man.U menentang Schalke 04.. mlm td...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...